dr mahathir mohon maaf

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir memaklumkan beliau kini kembali sihat dan boleh menjalankan aktiviti hariannya seperti biasa.

Dr Mahathir dalam satu hantaran video yang dikongsikan menerusi akaun media sosialnya berkata, beliau memohon maaf kerana terpaksa pulang awal dari Program Picnic & Potluck di Tasik Putrajaya semalam.

Menurutnya, doktor telah meminta beliau untuk segera ke hospital kerana kelihatan dan perlu berehat.

Artikel berkaitan: Tun M Keletihan Selepas Kayuh Basikal Hampir 9KM Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-100

Artikel berkaitan: Seabad Tun Dr Mahathir, ‘Throwback’ Detik Manis Dalam Pembangunan Malaysia

“Saya mohon maaf kerana semalam saya tak dapat bersama waktu kita ada picnic yang mana ramai orang yang hadir… tetapi oleh kerana saya rasa terlalu letih dan terpaksa berehat.

“Doktor suruh pergi hospital, saya pergilah hospital tapi sekejap sahaja di hospital. Sekarang ini selepas dirawat dengan doktor dan saya boleh teruskan cara hidup saya, iaitu bekerja,” katanya.

Keadaan TERKINI Tun Dr Mahathir pic.twitter.com/1mQqfVMwLh

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) July 14, 2025

Menerusi rakaman video terbabit, Dr Mahathir dilihat berada dalam keadaan baik, selain mengadakan tinjauan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Semalam, media melaporkan Dr Mahathir terpaksa meninggalkan program Picnic & Potluck lebih awal selepas dilihat keletihan sebelum dimasukkan ke IJN kira-kira 10 pagi.

Program yang berlangsung di Tasik Putrajaya bersebelahan Yayasan Kepimpinan Perdana itu diadakan sempena sambutan hari kelahiran ke-100 beliau serta ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu dilaporkan sempat menamatkan kayuhan basikal secara ‘tandem’ sejauh kira-kira lapan hingga sembilan kilometer di sekitar tasik dengan diiringi pegawai keselamatan khas.

Sumber: X, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.