Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersetuju untuk gantung serangan ketenteraan terhadap Iran selama dua minggu, tertakluk kepada pembukaan penuh dan selamat Selat Hormuz oleh negara Republik Islam itu.
Perkara tersebut diumumkan Trump menerusi satu hantaran di media sosial pada Rabu, susulan perbualannya dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, serta Ketua Angkatan Tentera Pakistan, Field Marshal Asim Munir.
Artikel berkaitan: Trump Bakal Dedahkan Fail ‘Makhluk Asing’ Dan Hidupan Angkasa Lepas
Artikel berkaitan: :Thank you sir” – Presiden Iran Hargai Sokongan Malaysia, Kecam Kekejaman Rejim Zi*nis & US
Jelas Trump, keputusan tersebut dibuat atas permintaan daripada kepimpinan Pakistan agar Amerika Syarikat dapat menangguhkan ‘penggunaan kekuatan pemusnah’ seperti yang dirancang terhadap Iran pada malam yang sama.
Trump menyatakan bahawa ia akan menjadikan gencatan senjata dua hala dan menyatakan bahawa Amerika Syarikat sudah mencapai segala objektif ketenteraan yang ditetapkan.

Dalam kenyataan yang sama, Trump juga memberitahu bahawa rundingan ke arah perjanjian keamanan dalam jangka panjang antara Washington dan Tehran kini sudah berada pada peringkat akhir.
Beliau berkata, Iran telah memberikan 10 cadangan yang dianggap mempunyai asas kukuh untuk dimuktamadkan, selain mendakwa bahawa sebahagian besar isu pertikaian lampau yang melibatkan kedua-dua negara itu telah dipersetujui.
Jelasnya, tempoh 3 minggu tersebut diperlukan untuk memuktamadkan hal perjanjian berkenaan demi menjamin keamanan bukan sahaja antara Amerika Syarikat dan Iran tetapi kestabilan Asia Barat.
Namun begitu, buat masa ini masih belum ada sebarang pengesahan secara rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Iran ataupun agensi kerajaan Amerika Syarikat mengenai dakwaan tersebut.
Sumber : Astro Awani

17 hours ago
13































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















