Penyanyi Ameng Spring mendakwa rakan sealirannya, Liza Hanim cuba menumpang populariti dan mencari publisiti murahan.
Respon yang diberikan itu susulan penyanyi Gelisah Mimpi meluahkan rasa terkilan dengan kenyataan Ameng dalam sesi live baru-baru ini.
“Liza Hanim, dia nak tumpang populariti saya, itu sahaja. Dia nak cari publisiti murahan, dia tiada modal lain dah.
“Saya tengok dia ambil kesempatan nak menumpang cerita itu. Jadi saya anggap Liza Hanim ini buat publisiti murahan dan cuba tumpang glamor saya,” katanya.
Artikel berkaitan: “Tergamak bagi comment macam ni” – Dikata Karier ‘Tenggelam’ Sebab Wajah, Liza Hanim ‘Sekolahkan’ Netizen
Artikel berkaitan: “Doktor suruh baca Yasin, jantung mama berhenti 8 kali” – Ameng Spring Kongsi Detik Cemas A. Aida Masuk Icu
Kenyataan disalah anggap
Mengulas lanjut, Ameng menafikan bahawa dia memperlekehkan kemenangan anak Liza iaitu Marsya Qistina.
Jelasnya, pesanan yang diberikan dalam sesi live itu hanyalah bersifat umum dan ditujukan kepada anaknya iaitu Azeva yang sedang bertanding dalam program Talk To My Manager (TTM).
“Saya bercakpa semasa live, jangan harapkan kemenangan. Kadang-kadang kemenangan tak menjanjikan apa-apa, yang penting jangan anggap benda itu pertandingan. Saya pun selalu kalah, tapi saya tetap popular.
“Yang menang tak tentu jadi popular. Saya bukannya cakap pasal anak dia, saya tak cakap pasal TTMM pun. Itu saya tujukan kepada Azeva. Tapi Liza yang melatah,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia bukanlah mahu berbangga diri, sebaliknya Ameng berkata dia sudah diketahui umum sebagai seorang penyanyi yang cukup dikenali.
“Saya memang popular. Saya ada persembahan setiap minggu dan saya adalah penyanyi diraja. Itu kedudukan penyanyi yang tertinggi.
“Saya bukan bongkak, masalahnya sekarang dia cuba menangguk di air yang keruh. Jangan cabar saya,” tegas Ameng.
Dalam pada itu, Ameng menasihati Liza sepatutnya bekerja keras untuk menaikkan nama anaknya dan bukan melatah sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Sumber: mStar

6 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















