kamal adli jumpa anak

Kisah kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang setakat ini masih belum ada penyelesaiannya.

Terkini, pelakon, Kamal Adli telah berkongsi momen di mana dia bertemu dengan anak perempuannya, Hawra Uqaira yang berusia 19 bulan.

19

Artikel Berkaitan: “Ayah rindukan kamu” – Luahan Kamal Adli Terhadap Hawra Undang Sebak

Artikel berkaitan : “Ini melampau” – Kamal Adli Bengang Netizen Spekulasi Status Anak Kandung Dengan Uqasha

Menerusi perkongsian Kamal di platform Threads itu, Kamal meluahkan rasa rindunya kepada anak tunggalnya itu dan difahamkan, video pertemuan bapa dan anak itu telah dirakam pada pertemuan mereka baru-baru ini.

Dalam video berkenaan itu juga, dapat dilihat pada mulanya Hawra seakan malu-malu namun si comel itu kemudiannya mahu didukung oleh ayahnya.

Difahamkan, individu yang mendukung Hawra pada awal video itu adalah bapa saudara kanak-kanak itu iaitu adik lelaki Uqasha.

Sumber: Threads Kamal Adli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.