Peguam syarie mewakili Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan pihaknya akan memfailkan tindakan sivil terhadap bekas suami anak guamnya, Nubhan, susulan dakwaan pecah masuk kediaman serta mengeluarkan barangan tanpa izin.
Menurut Akberdin, Dr Afifah yang kini berada di luar negara dijangka membuat laporan polis sebaik tiba di tanah air, esok.
Artikel berkaitan: “Tergamaknya kau!” – Dr Fie Dakwa Pemberian Harta & Klinik Oleh Bekas Suami Hanya Sekadar ‘Content‘
Artikel berkaitan: “Bukan dicampak, dibuat secara berhemah” – Peguam Nubhan Perjelas Dakwaan Dr Fie
“Dr Afifah akan ambil tindakan sivil untuk ganti rugi kerana dia (Nubhan) melanggar undang-undang. Sesiapa pun, sama ada suami atau pemilik rumah, kalau sudah ada orang tinggal di rumah itu sebagai penghuni, dia tak boleh suka-suka pecah masuk atau keluarkan barang tanpa kebenaran.
Tambah pula, dia tahu bekas isterinya sedang tuntut harta sepencarian di mahkamah. Anak-anak pula hendak tinggal di mana? Sepatutnya dia kena benarkan bekas isteri dan anak-anak terus tinggal di situ sehingga mahkamah buat keputusan.
Sekarang ini kami boleh saman kerana dia (Nubhan) pecah masuk rumah dan keluarkan barang tanpa izin penghuni dan tanpa perintah mahkamah. Perkara ini juga melanggar Seksyen 7 dan 8 Akta Relief Spesifik,” katanya.
Malam tadi, Dr Afifah, 35, atau dikenali sebagai Dr Fie, mendakwa menerusi Threads bahawa barangan di rumah yang didiami bersama anak-anaknya telah dikeluarkan tanpa pengetahuannya.
Akberdin menegaskan, Dr Afifah berhak terus mendiami kediaman itu selagi prosiding tuntutan harta sepencarian masih berjalan.
“Walaupun rumah itu atas nama Nubhan, dia tak boleh suka-suka keluarkan barang. Kena ikut undang-undang, ikut Seksyen 7 dan 8 Akta Relief Spesifik,” katanya.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah sah bercerai talak dua pada 2 Disember lalu dan mempunyai tiga cahaya mata.
Sumber: Berita Harian

2 days ago
13















![[VIDEO] Anggota Komando Pat*h Tulang Rusuk Selepas Terjatuh Ketika Aktiviti Payung Terjun](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/12/ft-komando.jpg)















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















