Peminat industri hiburan baru-baru ini dikejutkan dengan berita pelakon, Fattah Amin telah memfailkan permohonan ke mahkamah berkenaan hak lawatan anak tunggalnya, Fatima Aisya dengan bekas isteri yang juga selebriti, Nur Fazura.
Difahamkan, pihak mahkamah walau bagaimanapun telah menolak permohonan Fattah Amin itu kerana menurut mahkamah, Fazura sebagai ibu tidak melanggar perintah mahkamah berkaitan hak lawatan anak tunggal mereka.
Namun, dalam perkembangan terkini, difahamkan, Fattah Amin menerusi peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader akan memfailkan semula permohonnan prosiding komital terhadap Fazura, bekas isteri Fattah itu.
Ini kerana menurut peguam yang mewakili Fattah itu, Fazura didakwa telah melanggar perintah mahkamah sebanyak enam kali, lapor Berita Harian.
Artikel Berkaitan: “Tiada sebab dikenakan tindakan” – Fazura Tak Langgar Hak Lawatan, Mahkamah Tolak Permohonan Fattah Amin
Artikel berkaitan: “Fatima tak nak lepas tangan ayah dia” – Momen Pernikahan Fattah Amin Dan Amira Othman Curi Perhatian Netizen
Selain itu, Akberdin turut mendakwa Fazura gagal menunaikan hak lawatan terhadap anak perempuan mereka, Fatima.
Fattah mendakwa dia sukar untuk berjumpa dengan anaknya dan berada di luar di negara antara alasan yang diberikan oleh Fazura.
Untuk makluman semua, Fazura sebagai ibu mendapat hak penjagaan penuh Fatima manakala Fattah pula mendapat hak lawatan tiga kali seminggu dan bermalam dua kali sebulan.
Meninjau ke Threads, rata-rata pengguna media sosial itu dilihat menyokong Fazura dalam isu hak lawatan anak Fattah dan Fazura ini.
Sumber: Berita Harian

11 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















