Personaliti media sosial, Chazynash tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataannya sebelum ini berkaitan isu mutaah yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Menerusi satu hantaran di Threads, Chazynash mengakui menerima teguran orang ramai dengan hati terbuka selain menjelaskan bahawa keputusan berkaitan pemberian mutaah tersebut dibuat atas persetujuan bersama, tanpa melibatkan proses mahkamah.
Artikel berkaitan: Chazynash Akan Tarik Pemberiaan Mutaah, Dakwa Anak Disuruh Jadi ‘Spy’ & Difitnah Guna Ilmu Hitam
Artikel berkaitan: Chazynash Perjelas Dakwaan Dikatakan Curang, Kenal ‘Orang Baru’ Beberapa Bulan Lepas Cerai
Menurutnya, ketika itu kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan perkara secara baik bagi mengelakkan keletihan berulang-alik ke mahkamah.
“Untuk penjelasan, keputusan pemberian mutaah tersebut bukan dibuat melalui proses mahkamah, sebaliknya atas persetujuan bersama secara baik antara kami pada ketika itu,” jelasnya.
Tambah Chazynash, persetujuan tersebut dibuat dengan niat untuk menyelesaikan urusan secara damai, selagi mana dia tidak culas dalam menunaikan nafkah anak-anak.
Namun begitu, beliau mengakui cara dan bentuk persetujuan yang dibuat merupakan kelemahan di pihaknya sendiri dan tidak berjalan seperti yang diharapkan.
“Saya akui bahawa cara dan bentuk persetujuan tersebut adalah kelemahan di pihak saya sendiri dan ia tidak berjalan seperti yang diharapkan.
Duit hadiah atau mutaah tersebut saya tak jadi tuntut semula,” katanya lagi.
Dalam kenyataan sama, Chazynash turut mendoakan agar semua pihak sentiasa berada dalam keadaan baik dan menyatakan hasratnya untuk meneruskan kehidupan dengan tenang bersama isteri serta anak-anak.
Sumber: Threads

2 weeks ago
50












![[VIDEO] Kelindan Lori ‘Lepas Rindu’ Jumpa Mak Ayah Di Tepi Jalan Sebelum Sambung Kerja, Buat Ramai Sebak](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/01/ft-pemandu-lori-lepas-rindu.jpg)


















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















