Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kemelut rumah tangga pempengaruh terkenal, Chazynash, yang nampaknya semakin memuncak. Selepas sekian lama berdiam diri, Chazynash akhirnya memuat naik kenyataan rasmi bagi menjelaskan situasi sebenar yang didakwanya penuh dengan fitnah dan provokasi.
Menerusi hantaran tersebut, Chazynash meluahkan rasa letih dengan gangguan emosi yang dialaminya sejak Mei 2025. Beliau mendakwa terdapat pihak yang sengaja mewujudkan akaun palsu untuk menyebarkan fitnah kononnya beliau curang, sehingga menjejaskan reputasi dan kesihatan mentalnya.
Artikel berkaitan: “Kononnya Fatin tak bersyukur” – Kecoh Isu Nafkah, Bekas Isteri Chazynash Beri Penjelasan
Artikel berkaitan: “Hormatilah privasi kami” – Chazynash Dedah Telah Bercerai Secara Baik Dengan Bekas Isteri Pada Januari Lalu
Apa yang lebih mengejutkan, Chazynash mendakwa bekas isterinya sering melakukan sesi live di TikTok dengan naratif sedih dan linangan air mata. Tindakan itu didakwa menyebabkan netizen melabel beliau sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab dan culas nafkah.
Walau bagaimanapun, Chazynash tampil menafikan tuduhan tersebut dengan mendedahkan fakta nafkah yang telah diberikan termasuklah nafkah anak-anak, kereta mewah beserta kos servis serta rumah selain pemberian mutaah yang diberikan sebagai hadiah.
Disebabkan dakwaan tersebut, Chazynash menerusi hantaran itu dengan berat hatinya memutuskan untuk menarik balik pemberian mutaah, rumah, dan kereta tersebut.

Beliau juga terkilan apabila mendakwa anak-anaknya dipergunakan untuk menyelongkar rumahnya sambil dirakam video ketika beliau tiada. Tegasnya lagi, beliau tidak akan teragak-agak untuk membawa segala urusan harta dan hak penjagaan anak ke mahkamah demi mempertahankan haknya sebagai bapa.
Dalam pada itu, Chazynash memohon agar semua pihak berhenti mengungkit isu lama atau menyebarkan kebencian, lebih-lebih lagi kerana majlis perkahwinannya akan berlangsung tidak lama lagi.
Beliau menegaskan bahawa tiada unsur pihak ketiga dalam perceraian mereka sebelum ini dan berharap agar semua pihak dapat menerima takdir dengan reda.
Sumber: Instagram

1 day ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















