Penyanyi lagu Tiada Dirimu, Shila Amzah meminta orang ramai untuk tidak babitkan pelakon Nabila Huda berikutan dengan kemelut yang berlaku terhadap dirinya dan penyanyi legenda, Datuk Amy Search.
Menerusi Instagram Story miliknya, pemilik nama sebenar Nurshahila Amir Amzah, 34, mendakwa bahawa ada orang lain yang menjadi dalang hingga menyebabkan kontroversi itu terjadi.
Artikel berkaitan : Shila Amzah Tepis Dakwaan Campur Urusan Hal Keluarga Amy Search
Artikel berkaitan : “Buku bertemu ruas, ramai sebenarnya dah jadi mangsa b*li & m*ki kau” – Nabila Huda
“Tolong jangan kaitkan Abil”
Shila menegaskan dia sudah tampil beri keterangan untuk pihaknya dan meminta untuk tidak melibatkan anak kepada penyanyi tersebut iaitu Nabila Huda dalam hal ini.
“Cari tahu benda dan tangan ajaib yang menyebabkan perkara ini berlaku. Dia tidak bersendirian.”
Dalam pada itu, Shila juga menyatakan yang dia tak sangka insiden diserang dan diherdik minggu lepas itu boleh berlaku kerana dia mengenali Amy bukanlah bersikap sebegitu.
“Sepanjang 17 tahun saya mengenali nama dia, dia bukan begitu. Saya minta maaf sebab tak dapat nak sebut namanya secara terang-terangan dalam keadaan yang penuh dengan kamera di hadapan saya malam tadi, sebab ia boleh menjadikan keadaan menjadi lebih teruk.”
Sebelum ini, Shila ada mendedahkan penyanyi legenda yang menyerangnya dalam keadaan berkias dengan menyebut individu tersebut adalah bapa kepada Nabila Huda, yang mana sekaligus ramai sedia maklum bahawa ianya adalah Datuk Amy Search.
Ia susulan dengan kes serangan daripada seorang penyanyi legenda yang menyerangnya ketika sesi latihan dalam satu konsert sebelum Shila bertindak membuat laporan polis.
Hasil siasatan mendapati bahawa tindakan Amy itu berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap penyanyi tersebut yang didakwa masuk campur urusan keluarganya.
Sumber : Instagram