Isu pencemaran alam sekitar membabitkan kawasan pantai di Johor sekali lagi mencetuskan kontroversi dan luahan kekecewaan netizen di media sosial.
Menerusi satu perkongsian yang tular di platform Threads baru-baru ini, seorang pengguna @/zzeraff memuat naik hantaran mengenai lambakan sampah yang terdampar di sekitar pesisir Pantai Batu Layar, Desaru.
Artikel berkaitan: Warga Tempatan Indonesia Buat Tradisi Hanyutkan Kerbau, Ikhtiar Cari 5 Wartawan & 3 Kru Hilang Di Anak Krakatau
Artikel berkaitan: Kerana Keracunan MBG, Pelajar Cemerlang Indonesia Lumpuh & Tak Kenal Ibu Sendiri
Apa yang menarik perhatian adalah majoriti sisa sampah berkenaan merupakan produk terkemuka dari negara jiran, Indonesia. Antara barangan yang jelas kelihatan termasuk botol minuman teh, botol susu, dan bungkusan snek rumput laut.

“Tak cukup jerebu.. segala mak nenek yang hanyut dekat pantai pun rupanya dari negara sana,” tulis pengguna berkenaan menerusi ruang kapsyen.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang menyuarakan rasa terkilan apabila keindahan pantai tempatan terjejas akibat sisa hanyut yang dibawa arus laut dari luar.
Selain mencemarkan pandangan, lambakan sampah plastik berkenaan turut dibimbangi boleh menjejaskan ekosistem marin dan kehidupan laut di sepanjang perairan Desaru.

Isu sisa pepejal hanyut dari perairan antarabangsa bukanlah perkara baharu semasa musim angin monsun, namun ia sering menjadi igauan buruk buat pengunjung serta pengusaha pelancongan tempatan yang terpaksa berdepan kesannya.
Sumber: Threads

6 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















