Selebriti versatil, Neelofa mendedahkan usaha mendapatkan zuriat ketiga bukan mudah berbanding dua kehamilannya sebelum ini.
Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 37, pengalaman tersebut membuka matanya untuk lebih memahami cabaran serta perasaan wanita lain yang berdepan kesukaran untuk hamil (try to conceive atau TTC).
Artikel berkaitan: “Sekian lama tak merasa” – Neelofa Umum Bakal ‘Comeback’ Susu Pisang Nilofa, Netizen Dah Excited!
Artikel berkaitan: “Boleh katakan, sekadar for fun” – Neelofa Terima Review Jujur Nasi Ayam Ibu, Perjelas Resepi Sejak Dahulu
“Kali ini ambil masa sebelum saya sampai ke sini (hamil). Anak pertama dan kedua saya dahulu tidak dirancang dan sangat mudah untuk diperoleh.
Namun, kali ketiga ini saya berusaha melalui proses TTC. Perjalanan itu mengajar saya erti yang berbeza sebab baru saya faham perasaan orang yang sukar mengandung.
Selama ini saya tidak pernah mengalaminya,” katanya dalam sebuah audio siar.
Bekas pengacara program MeleTOP itu pada awalnya merancang untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) sekiranya usahanya menemui jalan buntu namun dia memilih untuk mencuba pelbagai kaedah rawatan lain terlebih dahulu.
“Hampir setahun saya sentiasa meletakkan tarikh sasaran, kononnya jika tidak berjaya menjelang Januari, saya mahu buat IVF.
Tetapi saya terus menunda tarikh itu. Sampai satu hari saya sudah berusaha macam-macam, buat suntikan, makan suplemen dan pergi dapatkan rawatan perubatan tradisional Cina.
Persoalannya, adakah saya betul-betul berdoa kepada Allah atau tidak? Saya kenal diri sendiri, saya tidak merayu dan mengetuk pintu rahmat Allah dengan bersungguh-sunggu,” luahnya.
Titik perubahan berlaku apabila menunaikan ibadah umrah, di mana dia memanfaatkan malam-malam mustajab dan malam Lailatulqadar untuk merintih serta memohon doa kepada Yang Maha Esa.
“Selepas hari raya, saya minta izin suami untuk pergi menunaikan umrah. Sebelum berangkat ke umrah, pada malam-malam yang mustajab, saya khususkan doa untuk meminta panduan agar dikurniakan rezeki zuriat.
Pada malam Lailatulqadar, saya fokus berdoa dan menetapkan beberapa hajat termasuklah untuk hamil. Saya merintih ‘Ya Allah sebenarnya aku nak sangat tetapi aku tak tahu adakah ini yang terbaik untuk aku atau tidak’.
Sampai satu tahap saya terfikir, adakah wajar meminta kepada Allah sampai begini sekali. Adakah terlalu berlebihan sebab saya meminta sampai merengek-rengek.
Dua minggu selepas itu apabila pulang dari umarah, keputusan ujian kehamilan adalah positif. Allah menjawab doa itu selepas hampir setahun perjalanan untuk hamil,” kongsinya.
Pada masa sama, ibu kepada dua anak itu menitipkan pesanan agar setiap usaha fizikal dan emosi sentiasa diiringi dengan pergantungan penuh kepada doa yang bersungguh-sungguh.
Sebelum ini, walaupun ramai menyedari perubahan fizikalnya, Neelofa enggan mengumumkan kehamilan ketiganya.
Sekadar info, Neelofa dan suaminya yang juga pendakwah, Haris Ismail atau PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan, mereka memiliki dua cahaya mata iaitu Muhammad Bilal, 4, dan Abbas yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Kosmo!

13 hours ago
16






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















