“Tak, itu semua khabar angin” – Polis Sangkal Khabar Angin Pasang Pagar Besi Di Rumah Najib

11 hours ago 16

Sejak kebelakangan ini, timbul pelbagai spekulasi mengenai kawalan keselamatan di kediaman Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta sekiranya beliau dibenarkan menjalani tahanan rumah.

Antara yang diperkatakan termasuk dakwaan kononnya pagar besi akan dipasang dan kawalan keselamatan di rumah berkenaan akan diperketatkan. Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam.

Artikel berkaitan : Rosmah Terharu Sumbangan Tabung Solidariti Najib, Dedah Terima Derma Dari Brunei, Itali & Kanada

Artikel berkaitan : DS Najib Razak Sekeluarga Kini Sedang Berdepan Liabiliti Kewangan Cecah RM21 Bilion

Keputusan masih belum muktamad

Menurut beliau, tiada pemasangan pagar besi atau kawalan keselamatan luar biasa akan dilakukan sekiranya kediaman tersebut disahkan sebagai lokasi tahanan rumah.

Sebaliknya, kawalan akan dibahagikan antara pihak polis dan Jabatan Penjara Malaysia. Jabatan Penjara akan bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan di bahagian dalam kediaman, manakala polis pula akan mengawal bahagian luar.

“Tak ada, tak ada kawalan yang begitu ketat. Pihak penjara akan bertanggungjawab di bahagian dalam. Pihak polis akan bertanggungjawab di bahagian luar.”

“(Akan ada dipasang pagar besi?) Tak… itu semua khabar angin.” katanya.

Anuar Bakri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai menghadiri mesyuarat bersama pegawai Jabatan Penjara Malaysia di kediaman berkenaan pada Isnin.

Dalam masa sama, persoalan sama ada kediaman berkenaan benar-benar akan digunakan sebagai lokasi tahanan rumah masih belum mempunyai keputusan muktamad. Anuar Bakri berkata keputusan tersebut masih menunggu arahan daripada pihak berkuasa tertinggi.

Tahanan Najib

Katanya, pihak berkaitan akan dimaklumkan sebaik sahaja arahan rasmi diterima dan semua syarat yang ditetapkan dipenuhi.

“Keputusan belum dimuktamadkan lagi. Keputusan pihak tertinggi akan diberikan dan dimaklumkan pada bila-bila masa,” katanya.

Sementara itu, beliau menjelaskan mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam itu adalah bagi menilai kesesuaian kediaman tersebut sekiranya ia dipilih sebagai lokasi tahanan rumah.

Pihak polis turut hadir bagi melihat aspek keselamatan dari sudut tanggungjawab mereka. Namun, urusan berkaitan aspek tahanan adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Penjara Malaysia.

“Pihak penjara minta pihak polis hadir bersama untuk tengok dari segi aspek kita, pihak polis, aspek keselamatan. Dari segi aspek tahanan, pihak penjara yang betul-betul menjawab,” katanya.

Anuar Bakri turut menegaskan pihak polis bersedia melaksanakan kawalan keselamatan pada bila-bila masa sekiranya menerima arahan rasmi. Mesyuarat tersebut berlangsung selama kira-kira dua jam sebelum berakhir sekitar jam 4.20 petang.

Sumber : Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |