Nama pelakon Abby Abadi kini menjadi tumpuan media sosial semenjak ucapan hari lahirnya terhadap anak bongsu, Maria Danisha menjadi tular.
Bermacam-macam reaksi yang diberikan oleh netizen, ada yang memberikan sokongan moral buatnya dan ada juga memberikan reaksi kurang baik dengan cara mengungkit dan mencari perkara negatif berkenaan bekas anggota kumpulan Elite ini daripada pelbagai aspek.
Artikel berkaitan : “Ibu je ke yang kena jaga?” – Abby Abadi Bagi Respon Lepas Dilabel Tak Jaga Hati Anak
Artikel berkaitan : Majlis Hari Jadi Anak Bongsu Meriah, Tapi Netizen Tanya Mana Abby Abadi?
Antaranya, ada seorang pengguna Threads mula mengungkit kisah lama Abby Abadi yang sebelum ini pernah bercinta dengan aktor terkenal, Zul Ariffin suatu ketika dahulu. Individu ini mendakwa bahawa Abby pernah ditinggalkan oleh Zul Ariffin.
Tidak berdiam diri, Abby telah menyangkal dakwaan individu tersebut dan menegaskan bahawa dia tidak pernah kacau hak milik orang lain.
Tak kena tinggal la. Saya yang tinggal Zul sebab tak serasi bersama. Tak ada jodoh tapi tak kacau hak siapa-siapa,” tulisnya.

Bahkan, Abby Abadi turut menegaskan bahawa keputusan untuk bercerai dalam rumah tangga lamanya itu adalah di atas permintaannya sendiri.
Menjengah ke ruangan komen, kenyataan tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang mengecam dan ada juga yang menyebelahi Abby Abadi.
Sumber: Threads

17 hours ago
20































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















