Berita pemergian Allahyarhamah Hajah Marina Md Yusoff baru-baru ini bukan sahaja meninggalkan duka buat keluarga, malah buat negara yang kehilangan seorang figura wanita yang cukup luar biasa. Meskipun ramai mengenali beliau sebagai ibu kepada pelakon Ida Nerina, hakikatnya Allahyarhamah mempunyai legasi besar dalam sejarah perundangan dan politik tanah air.
Pecah Tradisi Jadi Majistret Wanita Terawal
Allahyarhamah merupakan antara wanita terawal di Malaysia yang menjawat jawatan sebagai Majistret. Sebagai seorang peguam yang berkaliber, beliau dikenali sebagai individu yang sangat berpegang pada prinsip. Keberanian beliau berdiri mempertahankan kebenaran tanpa rasa takut menjadi inspirasi kepada ramai wanita dalam bidang profesional sehingga ke hari ini.
Artikel berkaitan: Ini 7 Filem Terbaik Malaysia Yang Wajib Korang Tonton
Artikel berkaitan: Majistret Ditahan Menyamar Jadi Teman Wanita Untuk Jawab Peperiksaan Undang-Undang
Tokoh Politik Yang Berani Ubah Haluan
Dalam arena politik pula, Hajah Marina bukan sekadar pengikut arus. Beliau pernah terlibat aktif dalam beberapa parti utama negara termasuk UMNO, Semangat 46, dan PKR. Bagi beliau, perubahan haluan politik bukan satu kelemahan, sebaliknya bukti keberanian dalam mencari keadilan dan kebenaran yang diyakininya.

“Beliau Adalah Tonggak Keluarga Kami”
Menerusi luahan sayu di media sosial, Ida Nerina menyifatkan ibunya sebagai seorang wanita Malaysia yang luar biasa dan bukan sekadar satu tajuk berita. Beliau merupakan tonggak utama (matriark) yang sangat penyayang kepada anak-anak, cucu, dan cicitnya.
Sumber: Instagram

8 hours ago
6


![“Ada 24 cucu, ini no 25” – [VIDEO] Ramai Tumpang Terharu Tengok Makcik India Bagi Maruku Untuk 2 Beranak Buka Puasa](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/03/ft-patti.jpg)




























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















