Bukan Sekadar Bunga Api, Ini 5 Realiti Malam Tahun Baru Di Malaysia

1 day ago 10

Bila masuk je hujung Disember, suasana terus lain macam. Timeline penuh dengan countdown, jalan raya makin sesak dan semua orang tiba-tiba rasa tahun ni “cepat gila berlalu”. Malam Tahun Baru di Malaysia memang ada vibe tersendiri, tak kira sambut besar-besaran atau sekadar lepak biasa.

Walaupun latar belakang berbeza, tabiat orang Malaysia masa malam Tahun Baru ni sebenarnya hampir sama. Dari yang keluar rumah sampai yang pilih sambut dalam bilik sendiri, ini antara benda yang hampir semua orang pernah buat.

1. Stuck dalam kesesakan jalan

traffic jam 2 full normal

Setiap tahun, kesesakan lalu lintas menjelang malam Tahun Baru berlaku hampir di semua bandar utama. Jalan raya mula sesak sejak lewat petang, walaupun tak semua orang yang ada atas jalan nak menuju ke acara countdown atau lokasi sambutan rasmi.

Menurut laporan Bernama, peningkatan aliran trafik menjelang sambutan Tahun Baru merupakan fenomena tahunan walaupun kawalan lalu lintas dan lencongan telah dilaksanakan lebih awal.

Laporan The Star pula menyatakan bahawa kesesakan berlaku bukan hanya di sekitar lokasi acara, tetapi juga di laluan ke pusat bandar dan kawasan makan popular, kerana orang ramai keluar atas pelbagai urusan peribadi.

Ini menunjukkan yang keluar rumah pada malam Tahun Baru bukan semata-mata soal sambutan, tapi keinginan untuk “bergerak” dan berada di luar ketika satu detik peralihan masa sedang berlaku.

2. Makan malam atau staycation

NY staycation

Selain berkumpul di sesuatu tempat untuk tengok bunga api dan konsert, ramai juga orang Malaysia memilih untuk sambut malam Tahun Baru secara lebih peribadi seperti makan malam bersama keluarga atau rakan rapat atau menginap semalaman di hotel.

Menurut laporan Malay Mail, sambutan kecil dan tertutup semakin digemari kerana ia memberi suasana yang lebih selesa dan kurang tekanan berbanding acara awam yang sesak.

Buktinya, banyak hotel terutamanya di ibu kota yang menawarkan pakej staycation menarik untuk orang yang nak sambut Tahun Baru secara lebih tertutup.

Tambahan pula Tahun Baru ada cuti umum, memang sesuai sangat untuk luangkan masa bersama keluarga.

3. Timeline penuh macam hari raya

Screenshot 2025 12 31 at 3.33.44 PM

Menjelang pukul 12 malam, satu lagi perkara yang hampir pasti berlaku ialah peningkatan mendadak penggunaan telefon dan media sosial. Mesej ucapan, Story, hantaran ringkas, dan scroll tanpa henti menjadi aktiviti utama.

Menurut laporan Reuters, trafik mudah alih dan penggunaan aplikasi mesej global melonjak setiap kali sambutan Tahun Baru, didorong oleh keperluan untuk berhubung pada detik simbolik.

Manakala di Malaysia, laporan DataReportal menunjukkan kadar penggunaan media sosial yang sangat tinggi, terutamanya semasa acara besar dan peristiwa kolektif. Walaupun ramai tak berada di lokasi sambutan, interaksi digital memberi rasa seolah-olah mereka tetap “hadir”.

4. Kemas rumah atau buang barang lama

Image fx 2025 12 24T101114.159.jpg

Satu tabiat yang jarang disebut tetapi sangat biasa berlaku ialah aktiviti mengemas rumah menjelang Tahun Baru. Ada yang buang barang lama, susun almari, kemas dapur atau sekadar lap rumah supaya rasa lebih teratur.

Menurut Psychology Today, aktiviti mengemas dan menyusun ruang memberi kesan psikologi positif kerana ia mencipta rasa kawalan, kelegaan dan penutupan terhadap fasa lama.

Walaupun tak semua orang melakukannya secara sedar, tabiat ini sering menjadi cara praktikal untuk “reset” sebelum masuk tahun baharu, tanpa perlu buat azam besar.

5. Duduk rumah sebab tak nak hadap kesesakan

istockphoto 1320021417 612x612 1Parents and their two children watching TV together at home

Di sebalik kesesakan lalu lintas yang dilaporkan setiap tahun, sebahagian besar orang Malaysia sebenarnya telah merancang untuk tak keluar langsung pada malam Tahun Baru. Mereka beli barang lebih awal, isi minyak awal dan memilih untuk duduk di rumah.

Keputusan ini selalunya dibuat berdasarkan pengalaman tahun-tahun sebelumnya, di mana keluar rumah bermaksud berdepan jem panjang, susah parkir dan keletihan.

Bagi golongan ini, kejayaan malam Tahun Baru bukan tentang sambutan, tetapi tentang mengelakkan stres dan bangun keesokan hari dalam keadaan lebih tenang. Yelah, cuti pun sehari je.

Korang yang mana satu?

Sumber: BERNAMA, Malay Mail, NST, The Star, Reuters, Data Reportal, verywellmind

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |