Cemas dan bahaya! Itulah yang dapat digambarkan mengenai situasi yang menimpa seorang budak lelaki berusia 10 tahun baru-baru ini.
Menurut Berita Harian, kanak-kanak bernama Abdul Rafka Azka Abdullah, 10 ini hampir menemui ajal apabila diserang ular sawa berhampiran rumah bapa saudaranya di Kampung Temai Tengah, Pekan.
Dalam kejadian berlaku jam 6.50 petang semalam, bapa saudara mangsa, Ramzi Mohamad Amin, 57 memaklumkan yang dia terpaksa menggunakan lembing dan dua parang untuk membuka mulut ular sawa batik yang menggigit betis Rafka.
Saya terpaksa menggunakan lembing dan dua parang untuk membuka mulut ular sawa batik yang menggigit betis kanan Rafka dengan keadaan cemas apabila badannya dibelit hingga paras leher,” katanya.

Artikel berkenaan: Jari Telunjuk Kanak-kanak 7 Tahun Cedera Digigit Ular Sawa Ketika Tidur
Artikel berkenaan: Seriau! Ular Sawa Besar Tiba-tiba Melingkar Keluar Dari Bonet Kereta Buat Ramai Geli Geleman
Ramzi yang dibantu abang mangsa, Muhammad Nukman Muhammad Nizam, 26, mengambil masa kira-kira 30 minit untuk melepaskan gigitan dan belitan reptilia berkenaan yang begitu ganas menyerang kanak-kanak terbabit.
Kejadian itu katanya berlaku begitu pantas apabila mangsa yang baru tiba di rumah abangnya terletak kira-kira 10 meter daripada rumahnya diserang ular sawa seberat 40 kilogram dengan panjang kira-kira enam meter.
Nukman terlebih dahulu berusaha menyelamatkan adiknya, namun tidak berjaya sebelum dia memanggil saya yang berada di rumah. Saya dan isteri berusaha membuka mulut ular sawa berkenaan namun gagal, tiga taring ular itu tersusuk jari tangan saya hingga berdarah.
“Usaha terakhir kami bertiga ialah menggunakan lembing dan dua parang untuk membuka mulut ular sawa berkenaan, selepas gigitan terlepas reptilia itu mula melepaskan belitan apabila Nukman menariknya,” katanya.

Mangsa jadi lemah lepas ular sawa kuat membelit tubuh
Mangsa yang diserang ular itu dikatakan hanya mampu menjerit meminta tolong, namun selepas kira-kira 15 minit berlalu, keadaan mangsa menjadi semakin lemah kerana terlalu sakit disebabkan belitan ular itu yang kuat.
Selepas berjaya memisahkan ular dengan mangsa yang mengambil masa kira-kira 30 minit, mereka segera membawa Rafka ke Hospital Pekan yang mengambil masa lebih 20 minit.
Beberapa kali usaha membuka mulut ular itu menggunakan tangan tidak berjaya sebelum bapa saudara menggunakan lembing dan parang.
“Saya berharap kesan luka gigit pada kaki adik tidak serius, doktor yang merawat menyatakan pembedahan akan dilakukan sekiranya gigitan reptilia itu terkena tulang kaki,” kata Muhammad Nukman.
Sumber: Berita Harian

19 hours ago
7



![[VIDEO] Ketua Sindiket Scam Siber Chen Zhi Ditahan Di Kemboja, Kini Diekstradisi Ke China](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/01/ketua-scam-cambodia.png)


























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















