bola sepak malaysia tak layak untuk jdt

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’azim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Pemangku Sultan Johor, meluahkan rasa kecewanya terhadap segelintir pihak dalam ekosistem bola sepak tempatan yang disifatkan masih gagal menghargai pencapaian luar biasa kelab kendaliannya.

Menerusi satu hantaran di Intagram Story, baginda menyatakan segelintir pihak masih berfikiran kolot dengan pendekatan yang diterapkan oleh kelab JDT.

Titah baginda, JDT telah mencipta pelbagai kejayaan dalam tempoh 12 tahun, namun masih berdepan sikap sinis dan pandangan skeptikal daripada sesetengah pihak yang tidak mahu mengiktiraf kemajuan kelab itu.

Artikel berkaitan: “Saya & JDT tidak perlu turunkan diri serendah itu” – TMJ Respon Isu Kes Faisal Halim

Artikel berkaitan: JDT Didenda Lebih RM100,000 Oleh AFC

SnapInsta.to 484110974 18275227813264530 4751482913548302654 n

“Kita tersekat dengan orang-orang bodoh yang tak dapat beza. 12 tahun pecah rekod dan cipta sejarah dalam dan luar padang. Tapi masih tak sedar,” titah baginda.

Baginda juga menyatakan bola sepak Malaysia dilihat tidak sehaluan dengan visi dan standard yang dibawa JDT, malah menyifatkan persekitaran bola sepak negara tidak bersedia menerima perubahan secara menyeluruh.

“Bola sepak Malaysia tak layak untuk JDT. Mereka patut kembali kepada mindset anak jati, Piala Malaysia lebih penting daripada liga dan tolak Piala AFC.”

Baginda juga menyindir mentaliti pihak yang dilihat ‘tidak biasa’ melihat kejayaan berterusan, serta keberadaan JDT di pentas antarabangsa, termasuk dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan Piala AFC sebelum ini.

“Fakta tak pernah menipu. Kita terlalu laju dan jauh ke depan berbanding mereka,” titah baginda lagi.

ig story Tunku Ismail

Sejak diterajui Tunku Ismail, JDT muncul sebagai kelab paling dominan dalam sejarah moden bola sepak Malaysia.

Kenyataan lantang baginda juga menggambarkan harapannya agar landskap bola sepak tempatan dapat berevolusi menjadi lebih moden dan profesional, selari dengan perkembangan bola sepak global.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.