1Neymar

Bintang bola sepak Brazil, Neymar, mengakui sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk menamatkan kariernya hujung tahun ini susulan masalah kecederaan yang kerap menghantuinya, namun tetap memasang impian untuk beraksi di Piala Dunia terlebih dahulu.

Screenshot 2026 02 21 At 12.18.25 Pm

Penyerang berusia 34 tahun itu kembali menyertai Santos FC, selepas meninggalkan Al-Hilal. Sebelum itu, bekas kapten Brazil itu pernah mencipta nama bersama FC Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG). Bagaimanapun, musim pertamanya selepas pulang ke Brazil turut diganggu kecederaan sehingga terpaksa menjalani pembedahan lutut pada Disember lalu.

Walaupun kontraknya dilanjutkan sehingga 2026, Neymar mengakui masa depannya masih belum pasti.

Saya tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Mungkin apabila Disember tiba, saya mahu bersara. Sekarang saya mengharungi karier dari tahun ke tahun,”

Beliau kembali beraksi sebagai pemain gantian dalam perlawanan kejuaraan Sao Paulo pada pertengahan Februari lalu, hanya 11 hari selepas ulang tahunnya yang ke-34. Neymar berkata dia perlu lebih berhati-hati dalam proses pemulihan bagi memastikan dapat kembali pada tahap terbaik.

Sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil dengan 79 gol, mengatasi rekod legenda Pele, Neymar tidak lagi beraksi bersama skuad kebangsaan sejak mengalami kecederaan serius ketika menentang Uruguay pada Oktober 2023. Dengan Piala Dunia semakin hampir, beliau menyifatkan tahun ini sebagai cabaran besar buat dirinya dan berharap dapat kembali menyarung jersi Brazil.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.