Ramai peminat industri hiburan tanah air yang terkejut melihat penampilan terbaru penyanyi Andi Bernadee baru-baru ini.
Menerusi Instagram, Andi telah berkongsikan penampilan terbarunya di mana dia dilihat lebih kurus berbanding sebelum ini dan berat badannya dilihat susut.
Oleh kerana ada yang membuat spekulasi Andi kurus kerana mengambil bahan terlarang, namun, Andi Bernadee telah memberi penjelasan dan mendedahkan bahawa dirinya sebenarnya mengalami masalah kesihatan iaitu masalah hipertiroid.
Masalah hipertiroid itu difahamkan disebabkan oleh penyakit Graves’ disease yang dialami oleh Andi.
Menurut Harian Metro, penyanyi lagu Satu Peluang itu menjelaskan bahawa dia juga tidak menyangka menghidap masalah itu kerana menyangkakan gejala yang dialaminya hanya kerana tekanan kerja.

Artikel Berkaitan: “Mak kau hijau?” – [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Andi Bernadee Ajar BamBam Got7
Artikel Berkaitan: Nampak Makin Kurus & Cengkung, Dafi Tegaskan Amal Diet Seimbang & Tiada Sebarang Penyakit
Difahamkan, antara gejala yang dialami oleh Andi sebelum ini ialah jantungnya berdegup terlalu laju, sesak nafas dan tangan dan kaki menggeletar.
Dia sebelum ini menyangkakan ia hanyalah masalah anxiety atau kegelisahan.
Namun, kini setelah mendapatkan rawatan di hospital, keadaan kesihatan Andi semakin baik meskipun masih perlu makan ubat mengikut masa yang ditetapkan.
Tambah Andi lagi, berat badannya juga kini sudah semakin kembali normal iaiti hampir 60 kilogram.
Difahamkan, sebelum ini, berat badannya pernah mencecah 45 kilogram sahaja.
Meskipun berjuang dengan masalah kesihatan ini, Andi menjelaskan bahawa dia tetap fokus untuk mengeluarkan album terbarunya pada tahun 2026 ini.
Sumber: Harian Metro

15 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















