ft jururawat

Dua orang juru rawat dikecam teruk kerana membuat live session di TikTok ketika bertugas. Rakaman itu tular menunjukkan 2 orang jururawat lelaki ketika berada di dalam dewan bersalin.

Apa yang mengejutkan lagui, mereka juga emnunjukkan proses menjahir luka seorang pesakit yang baru sahaja selesai melahirkan bayi menerusi pembedahan caesarean (czer).

Artikel berkaitan : Jururawat M*ut Dig*lis 2 Kenderaan Lepas Gagal Elak Lori Di Lorong Kecemasan

Artikel berkaitan : Kes Jururawat Terbaring Di Tepi Jalan, Lelaki Berusia 34 Tahun Ditahan

Dalam siaran yang sama, jururawat itu siap mendedahkan jantina bayi yang baru dilahirkan sambil membaca komen-komen netizen.

“Bayinya sudah keluar, Tinggal jahir saja, Anak lelaki.”

Screenshot 2025 05 29 172248

Bahkan, jururawat tersebut dengan yakin mengatakan bahawa tindakannya tidak salah memandangkan wajah pesakit tidak kelihatan. Menurut sumber, kejadian itu dikatakan berlaku di Jombang, Indonesia.

Susulan dengankejadian itu, dua jururawat tersebut telah dipecat pada Rabu lepas atas kesalahan melanggar kod etika pekerjaan.

Pengarah Hospital PKU Muhammadiyah Mojoagung, Dr Dwi Rizki Wulandari telah mengesahkan kedua-dua jururawat itu merupakan petugas pusat perubatan tersebut.

Pesannya lagi, semua petugas harus lebih bijak untuk menggunakan media sosial. Kepercayaan pesakit adalah sesuatu yang amat berharga dan perlu dipelihara dengan penuh tanggungjawab.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.