dr fie

Kes kemelut rumah tangga penyanyi dan usahawan, Nubhan dengan bekas isteri, Dr Fie Tawfek telah menjadi tumpuan ramai sejak kebekalangan ini.

Lebih mengejutkan apabila Dr Fie mendakwa bekas suaminya itu telah memecah masuk kediaman serta mengeluarkan barangan tanpa izin.

Terkini,Dr Fie atau nama sebenarnya, Afifah Hidayah Ahmad Tawfek telah membuat laporan polis terhadap Nubhan, bekas suaminya itu di Balai Polis Paroi, Seremban mengenai kes dakwaan mengeluarkan barangan miliknya dari rumah yang dihuni bersama anak-anak, lapor Harian Metro.

Selain itu, Datuk Akberdin iaitu peguam syarie yang mewakili Dr Fie mengatakan laporan polis itu juga melibatkan barang kemas dan wang tunai yang hilang.

1

Artikel Berkaitan: “Benda ni macam main chess” – Puteri Sarah Beri Tips Buat Dr Afifah Untuk ‘Berlawan’

Artikel berkaitan : Dakwa Pecah Masuk Rumah, Dr Afifah Bakal Ambil Tindakan Sivil Terhadap Nubhan

Kini, tindakan lanjut oleh pihak polis sedang ditunggu oleh pihak peguam Dr Fie.

Menurut Datuk Akberdin, pihak mereka juga menunggu pihak polis untuk membuat siasatan.

2

Difahamkan, ada barangan milik Dr Fie yang rosak akibat pengambilan yang tidak betul.

Selain itu, Dr Fie juga akan mengambil tindakan sivil berhubung kes pecah rumah dan pengeluaran barang miliknya dari kediaman ini.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.