6lemas

Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus deras ketika menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke Sungai Lebir, berhampiran tapak Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Lebir, semalam.

Mangsa berusia 40 tahun itu dilaporkan sedang mandi-manda bersama anak lelakinya yang berumur tujuh tahun sebelum kanak-kanak berkenaan dihanyutkan arus sungai. Lelaki terbabit bagaimanapun berjaya menyelamatkan anaknya, namun dia sendiri dipercayai tenggelam dan hilang dibawa arus.

Screenshot 2026 01 18 at 10.13.31 AM

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.04 petang sebelum sepasukan lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang digerakkan ke lokasi kejadian.

Pasukan penyelamat tiba kira-kira 26 minit kemudian dan segera menjalankan operasi mencari dan menyelamat di permukaan sungai. Namun usaha berkenaan berdepan kesukaran berikutan keadaan arus yang deras dan tidak selamat.

Susulan itu, operasi terpaksa ditangguhkan dan akan disambung semula keesokan harinya. Polis turut mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan akan bersama-sama membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.