bapa nabila huda serang shila

Shila Amzah dalam satu sesi temubual kepada media semalam mendedahkan siapakah individu yang menyerangnya ketika sesi ‘sound check’ untuk konsert ulang tahun ke-20 Mr. DIY baru-baru ini.

Menurut Shila, penyanyi berkenaan bukanlah Ella atau Datuk Awie seperti yang digembar-gemburkan ramai tetapi beliau adalah bapa kepada pelakon, Nabila Huda.

Pelantun lagu Patah Seribu itu juga meminta netizen untuk berhenti daripada terus menuduh Awie sebagai individu yang menyerangnya tempoh hari.

WhatsApp Image 2025 07 14 at 1

Yang pasti bukan Kak Ella, Datuk Awie. Siapa yang cakap Datuk Awie hari tu tolonglah berhenti dan bukan nama-nama lain yang berada di konsert hari itu. 

“Bapa kepada Nabila Huda. Saya mengesahkan bahawa bapa kepada Nabila Huda yang menyerang. 

“Kalau tengok kepada report saya rasa keterangan sudah diambil daripada pihak dia, jadi kita tunggu sahaja,” kata Shila atau nama penuhnya, Nurshahila Amir Amzah, 34, kepada Astro Gempak.

Artikel berkaitan: “Merangkak la cari saya di akhirat” – Nama Dipetik Netizen, Awie Nafi ‘Serang’ Shila Amzah 

Artikel berkaitan: “Aku dah lama cari kau, tahulah apa nasib kau nanti” – Shila Amzah Diherdik Penyanyi Legenda

Kata Shila lagi, tindakannya membuat laporan polis bukanlah untuk merosakkan nama mana-mana individu, namun kerana perkara ini adalah sesuatu yang tidak patut berlaku.

Saya buat ini bukan nak burukkan nama sesiapa tapi apa yang salah, salahlah. Apa yang menyebabkan sesuatu negatif kepada orang lain salahlah. Benda ini tak sepatutnya berlaku,” katanya.

Terdahulu, pihak polis mengesahkan yang mereka sudah mengambil keterangan daripada seorang penyanyi legenda susulan insiden menyerang Shila Amzah secara verbal ketika sesi latihan konsert baru-baru ini.

Hasil siasatan juga mendapati tindakan penyanyi terbabit berpunca dari rasa tak puas hati terhadap Shila yang didakwa mencampuri urusan keluarganya.

Sumber: Gempak, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.