Kes dakwaan gangguan seksual yang melibatkan 16 mahasiswa Fakulti Undang-Undang Universitas Indonesia (FH UI) menerusi aplikasi sembang kumpulan kini menjadi tumpuan hangat. Pihak universiti telah menggerakkan Satuan Tugas Pencegahan dan Penanganan Kekerasan Seksual (Satgas PPKS) bagi menyiasat perkara ini secara menyeluruh.
Langkah tegas ini diambil memandangkan gangguan seksual merupakan pelanggaran serius terhadap nilai asas universiti, kod etika warga akademik, serta undang-undang yang berkuat kuasa.
Artikel berkaitan: Sahut Seruan Kerajaan Untuk Jimat Minyak, Seorang Guru Di Indonesia Berlari Untuk Ke Sekolah
Artikel berkaitan: Seorang Lelaki Ditahan Terlibat Kes Gangguan Seksual Di Stesen MRT Kajang
Pendekatan Berpusatkan Mangsa
Menurut Pengarah Hubungan Masyarakat UI, Erwin Agustian Panigoro pada Selasa (14/4/2026), pihak universiti sedang mengendalikan kes ini dengan penuh ketelitian.
“Setakat ini, proses pengendalian sedang dijalankan oleh Satgas PPKS UI dengan pendekatan yang mengutamakan perspektif mangsa (victim-centered). Kami menjunjung tinggi prinsip keadilan, kerahasiaan, serta sikap berhati-hati dalam setiap langkah siasatan,” tegas beliau.
Kronologi Kejadian
Berikut adalah urutan peristiwa bagaimana kes ini mula terbongkar sehingga menjadi tular:
- 12 April 2026: Kontroversi bermula apabila akaun X (dahulunya Twitter) bernama @sampahFHUI memuat naik beberapa tangkapan skrin yang didakwa berasal daripada grup sembang mahasiswa FH UI.
- Kandungan Lucah: Hantaran tersebut mendedahkan perbualan yang mengandungi unsur gangguan seksual dan objektifikasi terhadap wanita. Ahli kumpulan berkenaan didapati memberi komen tidak sopan mengenai fizikal wanita, termasuk menyentuh bahagian sensitif seperti payudara dan punggung.
- Melibatkan Pemimpin Pelajar: Apa yang lebih mengejutkan, hantaran itu mendakwa sebahagian ahli grup chat tersebut merupakan individu berpengaruh di kampus. Ini termasuklah, Pengurus organisasi pelajar, ketua angkatan serta calon jawatankuasa bagi program orientasi pelajar (ospek).
Tindakan Lanjut
Pihak UI menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku yang mencemarkan nama baik institusi. Siasatan kini tertumpu kepada mengenal pasti kesemua 16 individu yang terlibat dan menentukan bentuk tindakan disiplin yang bakal dikenakan sekiranya terbukti bersalah.
Kes ini telah mencetuskan perdebatan hangat di media sosial, di mana rata-rata netizen menuntut ketelusan daripada pihak universiti memandangkan pelaku merupakan bakal pengamal undang-undang negara.
Sumber: Okezone News

4 hours ago
4































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)













![[VIDEO] Wanita Warga Asing Didakwa Sudah Setahun ‘Berumah’ Di KLIA, Ramai Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/12/setahun-duduk-klia.png)




