beri makan gajah di JRTB

Skuad Sungai Petani Response Team memberi amaran tindakan meletakkan longgokan buah-buahan di sepanjang Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) untuk gajah liar boleh meningkatkan risiko serangan haiwan liar terhadap pengguna jalan tersebut.

Sukarelawan Mohd Amir Faizal berkata, pihaknya menemukan longgokan buah-buahan diletakkan di beberapa lokasi di sekitar JRTB sejak 11 Mei lepas yang dipercayai dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

499221827 30029072413373095 5783407834455846777 n

Artikel berkaitan: Ibu Gajah Sudah Bawa Diri, Kini Sertai Kawanan Di Habitat Asal Di Taman Negeri Royal Belum

Artikel berkaitan: “Ganggu ekosistem” – Ramai ‘Complaint’, Ini Sebab Kenapa Lampu Di Laluan Gerik-Jeli Tidak Dipasang

“Saya juga sendiri pernah dihubungi seseorang mewakili sebuah pertubuhan yang meminta untuk meletakkan buah-buahan di JRTB. Saya beri amaran, namun dengan bukti bergambar yang diterima ini, nampak seperti mungkin (amaran) tidak diendahkan.

“Daripada makluman rakan-rakan, mereka letakkan longgokan ini pada malam hari selain terdapat tiga lokasi yang diletakkan longgokan buah-buahan ini, iaitu di kawasan Titi Gajah, Tugu Peringatan Pembinaan JRTB serta kawasan berdekatan jajahan Jeli (Kelantan),” katanya.

Fitrah haiwan liar cari makan sendiri

Terdahulu, Mohd Amir memuat naik bukti bergambar longgokan buah-buahan seperti mangga dan pisang diletakkan di tepi jalan laluan JRTB yang diketahui menjadi habitat semula jadi hidupan liar seperti gajah, beruang, harimau belang, harimau kumbang, tapir dan sebagainya.

Katanya, perbuatan memberi makanan ini bukanlah satu tindakan yang bertanggungjawab kerana ia boleh mengubah tabiat semula jadi haiwan liar.

“Fitrah haiwan liar itu perlu mencari makan sendirian. Tak perlu kita ‘baik tak bertempat’ untuk letak makanan di situ. Perbuatan ini sebenarnya tidak bertanggungjawab dan akan menyusahkan pengguna yang sering gunakan JRTB untuk menyelesaikan urusan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff memaklumkan bahawa tiada peruntukan undang-undang khusus yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mereka yang meletakkan makanan di JRTB.

Namun sebagai langkah pencegahan, pihaknya merancang untuk menambah papan tanda peringatan larangan memberi makanan bagi meningkatkan kesedaran kepada pengguna jalan raya di situ.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.