Tuan Guru

Anak kepada Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Hashim Jasin memuat naik satu hantaran menyentuh hati mengenai keadaan semasa bapanya yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Untuk rekod, Hashim dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang keempat pada 10 Oktober 2016 oleh Majlis Syura Ulama (MSU) Pas susulan pemergian Allahyarham Datuk Dr. Haron Din pada 16 September tahun sama.

@husnahashim85Abah ❤️

♬ original sound – AKI Seruling

Menerusi video berdurasi 26 saat itu, Husna Hashim berkata, bapanya berulang kali menyuarakan hasrat untuk pulang ke rumah.

Berulang kali juga ayah sebut, ayah hendak rehat di akhirat. Ayah kata dia sayang semua anak-anaknya.

“Kami juga sayang ayah. Semoga ayah cepat sihat,” katanya.

Artikel berkaitan: Bantuan Dilempar Dari Helikopter, TikToker Indonesia Luah Rasa Kecewa

Artikel berkaitan: Hospital Pasir Gudang Kehilangan Sijil Cuti Sakit, 2 Nombor Siri Ini Tidak Sah Diguna Pakai

Sementara itu, akaun rasmi Mursyidul Am Pas turut memaklumkan beliau kini sedang menjalani rawatan dan memohon orang ramai mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan serta kesembuhannya.

Tuan Guru Datuk Hashim Jasin

“Buat masa ini, Tuan Guru tidak dapat menerima kunjungan ziarah kerana keadaan tidak mengizinkan. Terima kasih atas doa dan keprihatinan semua,” menurut kenyataan tersebut.

Tuan Guru Datuk Hashim Jasin merupakan antara tokoh lama dalam PAS yang pernah memegang beberapa jawatan penting dalam parti.

Dikenali sebagai figura yang tegas dalam mempertahankan prinsip perjuangan serta disiplin organisasi, Hashim juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dan aktif dalam Majlis Syura Ulama sebagai badan tertinggi penentu dasar parti.

Sumber: TikTok Husna Hashim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.