syaz ft 2025 07 11T163718.127

Hari ini, kecoh bagi peminat muzik bergenre emo rock kerana kumpulan yang terkenal bagi genre tersebut iaitu My Chemcial Romance (MCR) sudah mula menjual tiket untuk ke konsert mereka tahun depan.

Konsert yang bakal berlangsung pada 30 April 2026  di Stadium Nasional Bukit Jalil itu merupakan kali kedua kumpulan itu membuat persembahan di Malaysia, sebelum ini mereka pernah membuat persembahan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 2007.

Artikel berkaitan: 4 Penyanyi Hollywood Yang Struggle Nak Jual Tiket Konsert Walaupun Nama ‘Letup’

Artikel berkaitan: “Tahu-tahu dah habis” – Tiket Konsert Inteam Round Kedua Laku Keras, ‘Sold Out’ Dalam Masa 1 Jam!

Bagaimanapun, jualan tiket yang berlangsung hari ini membuatkan ramai peminat berang kerana difahamkan ramai yang gagal membeli tiket konsert kumpulan daripada Amerika itu.

Malah, ramai yang mengatakan laman web itu tidak dapat menampung kapasiti pembeli tiket dan disebabkan itu ramai yang stuck di laman web tersebut selama berjam-jam tetapi masih tidak dapat membeli tiket itu.

Rata-rata dalam ruangan komen di hantaran berkenaan marah kerana tidak dapat menonton kumpulan kegemaran mereka itu, selain mengajak orang ramai untuk menggunakan server negara lain.

cats 6

Alamak, harap ada peluang lagi nak beli tiket MCR

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.