Ammar Nazhan

Nama YouTuber kontroversi, Ammar Nazhan tiba-tiba menjadi sebutan netizen susulan penularan satu video ‘leak’ yang mencetuskan pelbagai spekulasi di media sosial.

Tidak berdiam diri, Ammar akhirnya tampil bersuara menerusi beberapa hantaran di Threads bagi menjernihkan keadaan dan membersihkan namanya daripada dakwaan tidak berasas.

Menurut Ammar, dia sama sekali tidak mempunyai sebarang kaitan dengan video berkenaan dan menegaskan perkara itu berlaku di luar pengetahuan serta kawalannya.

“Am sebenarnya tak terlibat dengan perkara tersebut dan apa yang berlaku itu di luar pengetahuan serta kawalan Am,” jelasnya.

Ammar NazhanAmmar nazhan

Artikel berkaitan: “I tak nak you” – Tular Video ‘Reject’ Wanita, Ammar Nazhan Kembali Jadi Kecaman Netizen

Artikel berkaitan: “Tak ada niat nak pisahkan korang” – ‘Voice Note’ Tular, Wanita Dakwa ‘Ex’ Ammar Nazhan Beri Penjelasan

Tambah Ammar, dia memahami mungkin wujud kekeliruan dalam kalangan netizen, namun berharap orang ramai berhenti mengaitkan namanya tanpa sebarang bukti yang sah.

Dalam hantaran sama, Ammar turut menyentuh mengenai beberapa nama lain yang ‘dipetik’ dalam perbualan netizen.

Katanya, sebarang penjelasan seharusnya datang daripada pihak yang benar-benar terlibat.

Dalam pada itu, Ammar turut menjawab kekeliruan berkaitan sebuah lokasi yang disangka rumah, tetapi sebenarnya merupakan studio penggambaran kandungan.

Whatsapp Image 2026 02 07 At 3.26.40 Pm

Malah, Ammar menegaskan penempatan lelaki dan perempuan adalah berasingan dan semua perkara berkaitan telah pun disediakan serta dijelaskan sebelum ini.

Ammar berharap agar fitnah tersebut dapat dihentikan demi menjaga reputasi kerjaya dan semua pihak yang terlibat.

Sumber: Threads Ammar Nazhan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.