Hak Jagaan Anak Betty Banafe

Semalam, kecoh di media sosial mengenai isu hak penjagaan anak selebriti, Betty Banafe dan bekas suami apabila bekas suaminya didakwa telah membuat laporan palsu mendakwa Betty mendera anak-anak mereka.

Laporan palsu itu telah menyebabkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah datang ke rumah Betty untuk menyiasat tentang dakwaan mendera anak tersebut.

Menurut perkongsian Betty Banafe menerusi Instagram, dia telah lapan tahun turun naik mahkamah kerana melayan karenah 17 kes fail saman termasuk lima komital yang difailkan oleh bekas suaminya itu yang kini menetap di Amerika Syarikat.

Dalam video yang tular semalam, anak perempuan Betty iaitu Julia telah mengatakan kepada keluarga bapanya yang turut sama datang bersama pihak JKM bahawa dia tidak mahu mengikut keluarga bapanya dan pilihan itu adalah haknya.

Terkini, Julia telah tampil di media sosial TikTok  menjelaskan mengenai isu penjagaan anak itu.

@juliabanafee

I had enough pls daddy i need a wisdom father pls stop.#fyp @bettybanafee

♬ original sound – julia – julia

Artikel Berkaitan: Satu Van Pakar Psikologi Datang ‘Serbu’ Rumah, Betty Banafe Dakwa Bekas Suami Buat Laporan Palsu?

Artikel Berkaitan: “Tiada sebab dikenakan tindakan” – Fazura Tak Langgar Hak Lawatan, Mahkamah Tolak Permohonan Fattah Amin

Julia menjelaskan bahawa tidak berniat untuk bersikap kurang ajar. Dia hanya merasakan penat kerana isu hak jagaan anak ini masih tidak menemui titik noktah meskipun sudah bertahun-tahun.

Menurut Julia, dia hanya mahukan kedamaian dan keharmonian seperti keluarga-keluarga lain.

Alhamdulillah, kerana saya mempunyai seorang ibu yang sangat menyokong saya. Daddy, jika daddy menonton video ini, walau apa pun yang terjadi, Daddy tetap ayah saya,” luahnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan bahawa Julia tidak bersikap kurang ajar di dalam video tular itu sebaliknya mereka berpendapat Julia hanya mempertahankan haknya.

Sumber: TikTok @juliabanfee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.