Majlis Amanah Rakyat (MARA) secara rasminya menawarkan dua beradik yang terselamat dalam tragedi kebakaran menyayat hati di Kampung Pamah Kulat, Dong, Raub, sebagai anak angkat agensi tersebut. Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mengesahkan perkara itu selepas mengadakan panggilan video bersama Ruby Adalia Balqis, 19, dan Ahmad Balia Murqam, 15, yang kini kehilangan ahli keluarga tersayang dalam sekelip mata.
Dr Asyraf menegaskan komitmen MARA untuk memastikan masa depan pendidikan kedua-dua remaja ini terus terbela tanpa sebarang gangguan akibat tragedi tersebut.
Artikel berkaitan: Sedang Tunggu Keputusan SPM, Pelajar MRSM Bentong Antara 5 Sekeluarga M*ut Dalam Kebakaran
Artikel berkaitan: Tunggu Kelahiran Pertama Ogos Ini, Suami Reda Isteri Hamil 3 Bulan Maut Kebakaran
@drasyrafwajdiSaya sempat video call bersama Adik Ruby Balqis dan Adik Murqam yang kehilangan seluruh ahli keluarga dalam insiden kebakaran tragis awal pagi tadi di Kampung Pamah Kulat, Jalan Ulu Dong, Raub. Melihat wajah anak-anak ini yang menahan tangis namun cuba untuk kuat, benar-benar meruntun hati saya. Dalam sekelip mata, tempat bergantung hilang. Rumah musnah. Kasih ibu dan ayah pergi buat selama-lamanya. Begitu berat ujian anak-anak ini. Saya berpesan kepada mereka supaya terus kuat. Kuat demi arwah ibu dan ayah. Kuat demi masa depan yang masih panjang. Jangan sesekali rasa keseorangan. InsyaAllah, MARA akan membantu memastikan pendidikan anak-anak ini tidak terhenti walau sedikit pun. Saya telah menawarkan agar mereka dijadikan anak angkat MARA supaya kebajikan dan pelajaran mereka dipantau sepenuhnya. Secara peribadi, saya juga menawarkan Adik Ruby Balqis sebagai anak angkat saya sendiri, dan saya akan menanggung segala kos pengajiannya sehingga tamat universiti. Ini janji saya. Pendidikan mereka tidak boleh terkorban kerana tragedi ini. Terima kasih kepada Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA, Dato’ Seri Ismail Mohamed Said, YB Dato’ Abdul Aziz Bin Mat Kiram, Ketua UMNO Bahagian Raub, barisan kepimpinan UMNO Bahagian Raub serta Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA yang pantas menghulurkan bantuan dan menyelaras tindakan segera. Saya juga telah mengarahkan kepada BPM untuk melaksanakan solat sunat jenazah ghaib di seluruh 58 MRSM sebagai tanda solidariti, doa dan kasih buat mangsa-mangsa kebakaran ini. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #MARA60Tahun #HidupBiarBerjasa #HidupKuMilikUmmah
♬ original sound – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
“Insya-Allah, MARA akan membantu memastikan pendidikan anak-anak ini tidak terhenti walau sedikit pun. Saya menawarkan agar mereka dijadikan anak angkat MARA supaya kebajikan dan pelajaran mereka dipantau sepenuhnya.
Secara peribadi, saya juga menawarkan Ruby Adalia Balqis sebagai anak angkat saya sendiri dan akan menanggung segala kos pengajiannya sehingga tamat universiti. Ini janji saya. Pendidikan mereka tidak boleh terkorban kerana tragedi ini,” katanya.
Dalam perbualan penuh emosi itu, beliau turut memberikan kata-kata semangat bagi menguatkan semangat dua beradik berkenaan yang kini terpaksa menempuh ujian hidup yang amat getir.
“Melihat wajah anak-anak ini yang menahan tangis namun cuba untuk kuat, benar-benar meruntun hati saya. Dalam sekelip mata, tempat bergantung hilang. Rumah musnah. Kasih ibu dan ayah pergi buat selama-lamanya.
Begitu berat ujian anak-anak ini. Saya berpesan kepada mereka supaya terus kuat. Kuat demi arwah ibu dan ayah. Kuat demi masa depan yang masih panjang. Jangan sesekali rasa keseorangan,” jelasnya lagi.
Sebagai tanda simpati, Dr Asyraf mengarahkan Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA untuk melaksanakan solat jenazah ghaib di kesemua 58 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara.
Tragedi kira-kira jam 4.15 pagi itu telah meragut nyawa lima sekeluarga, termasuk pasangan suami isteri Mohd Alawi Muhammad dan Zaleha Adam @Ibrahim, serta tiga lagi anak mereka. Kebakaran tersebut memusnahkan sepenuhnya struktur rumah serta beberapa kenderaan milik keluarga berkenaan.
Sumber: TikTok

19 hours ago
11






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















