Permintaan daripada seorang lelaki untuk sunting gambarnya bersama arwah isteri dan juga anaknya yang masih kecil telah mencuri tumpuan orang ramai.
Dalam perkongsian tersebut, lelaki itu menyatakan bahawa isterinya meninggal dunia sewaktu anaknya berumur 1 tahun.
Artikel berkaitan : Keluar Cari Lembu, Guru Silat Ditemui Meninggal Dunia Lepas 4 Hari Hilang
Artikel berkaitan : Lagi Kes Kematian Kanak-kanak, Seorang Murid PPKI Meninggal Dunia Akibat Influenza
Kanser, enggan gugurkan anak lepas doktor sarankan
Lelaki tersebut memberikan 2 keping foto berbeza yang memperlihatkan gambar dia bersama anaknya dan gambar isterinya berseorangan. Dia meminta agar gambar itu disunting seperti mereka bergambar bersama.
Sudah semestinya ramai yang sudi merealisasikan impian lelaki ini dengan memberikan hasil suntingan mereka setelah membaca kisah tersebut.


Menjengah ke ruangan komen, kenyataan daripada lelaki tersebut setelah ditanya sebab arwah isterinya meninggal dunia itu mendapat tumpuan netizen. Katanya, arwah isterinya itu meninggal dunia akibat penyakit kanser. Jelasnya, doktor sarankan untuk gugurkan kandungan tetapi arwah isterinya menolak tawaran itu.
Ia membuatkan netizen sebak apabila membaca pengorbanan arwah isterinya demi melahirkan zuriat. Lebih menyedihkan lagi, ketika arwah isterinya meninggal dunia, anak dan arwah dikatakan berada di rumah. Al-fatihah.
“Saya kerja 6 jam, anak umur setahun duduk dengan arwah yang dah meninggal. Anak tak menangis langsung, jiran-jiran cakap, saya buka pintu anak dok menyusu badan arwah yang dah meninggal.”

Sumber : Facebook

1 week ago
22































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















