Kecoh diperkatakan semalam berkenaan sikap pemain Manchester United, Amad Diallo yang dilihat menunjukkan isyarat jari tengah ketika berjalan melepasi peminat di Malaysia.
Gambar dan video yang tular di media sosial berkaitan kejadian tersebut telah menerima kecaman hebat netizen yang menganggap sikap Amad sebagai biadap dengan peminat.
Artikel berkaitan: Suasana Meriah Bertukar Kecoh, Bintang Manchester United Tunjuk Jari Tengah Kepada Penyokong Selepas Kalah
Artikel berkaitan: “Comel doh dorang” – Netizen Terhibur Lihat Gelagat Pemain MU, ‘Ngulor’ Tengah Malam Nak Main Beam
“Saya tak menyesal dengan apa yang saya lakukan” – Amad
Susulan kritikan yang diterima, Amad menerusi X menjelaskan perbuatan itu dilakukan kerana ada individu yang didakwa menghina ibunya, malah dia juga tidak kesal dengan apa yang dilakukan.
Saya hormati orang lain tetapi tidak kepada yang menghina ibu saya. Saya tidak patut bertindak sebegitu tetapi saya tidak kesal dengan apa yang saya lakukan.
“Kami mengharungi masa hebat di Malaysia dengan orang yang baik,” katanya.
I have respect for people but not for the one who insults my mom…
I shouldn’t have reacted like that but I don’t regret what I did.🤞🏾
We had a great time in Malaysia with good people😄❤️ pic.twitter.com/9d1WeCTMTd
— Amad (@Amaddiallo_19) May 29, 2025
Amad yang juga pemain sayap Ivory Coast berusia 22 tahun itu tampil sebagai pemain gantian pada babak kedua perlawanan di antara Manchester United dan ASEAN All-Stars yang mana pasukannya menemui kekalahan 1-0.
Dalam pada itu, selain Amad, seorang lagi pemain sayap United yang berusia 20 tahun, Alejandro Garnacho juga turut dilihat membuat isyarat sama.
Selepas perlawanan pertama United pada jelajah itu, Garnacho yang dimaklumkan supaya mencari kelab baharu oleh bos United, Ruben Amorim, dilihat menunjukkan isyarat lucah ke arah kamera ketika berjalan keluar dari padang di Stadium Nasional.
Kedua-duanya, Amad dan Garnacho sekali lagi menunjukkan isyarat lucah yang serupa apabila melayan swafoto bersama sekumpulan peminat.
United bakal melengkapkan jelajah pasca musim mereka menentang Hong Kong pada malam ini.
Haih macam-macam hal ye…
Sumber: X, Berita Harian