Inilah yang dikatakan rezeki terpijak, saat orang ramai ‘struggle’ untuk mendapatkan tempat untuk makan di Rembayung, pengawal keselamatan ini tidak perlu melakukan apa-apa dan dapat ajakan daripada insan yang berhati mulia untuk menikmati juadah di restoran milik Khairul Aming itu.
Video tular yang mendapat lebih 20,000 likes di Threads itu memperlihatkan sekumpulan pemuda sedang menikmati juadah bersama rakan-rakannya dan seorang pengawal keselamatan yang dipercayai bekerja di premis yang terletak di hadapan restoran Rembayung itu.
Artikel berkaitan: “Konsert ke?” – Lelaki Diperdaya Beli Tiket Untuk Makan Di Rembayung
Artikel berkaitan: Ada Dakwaan Konon Ramai Batal ‘Booking’ Rembayung Sebab Khairul Aming Di Langkawi, Ini Respon Empunya Badan
Pinjam jap ‘bodyguard’ Perodua depan ni
Ketika ditanya oleh netizen bagaimana pemuda ini boleh mengajak pengawal keselamatan bertuah itu, pemuda ini menjelaskan bahawa pada waktu itu dia sedang melepak di kerusi premis Perodua dan secara spontan mengajak pengawal keselamatan itu untuk makan bersama.
Katanya lagi, pengawal keselamtan itu perlu mendapat kebenaran daripada pengurusnya dahulu sebelum mereka dapat makan bersama.
Melihat video tersebut, ramai netizen yang memuji sikap mulia pemuda ini dan ada yang cemburu dengan tuah pengawal keselamatan itu.

Sumber : Threads

2 hours ago
5














![[VIDEO] Kelindan Lori ‘Lepas Rindu’ Jumpa Mak Ayah Di Tepi Jalan Sebelum Sambung Kerja, Buat Ramai Sebak](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/01/ft-pemandu-lori-lepas-rindu.jpg)
















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















