Penyanyi Shila Amzah mendakwa dirinya diherhik oleh seorang penyanyi legenda tanah air ketika melakukan latihan untuk sebuah konsert di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur semalam.
Memetik laporan Harian Metro, Shila dikatakan diherdik secara kuat di hadapan orang ramai oleh penyanyi itu kira-kira jam 11 pagi semalam.
Artikel berkaitan : Diserang Penyanyi Lagenda, Polis Sahkan Terima Laporan Shila Amzah
Artikel berkaitan : Shila Amzah Perlu Masa Untuk Terima Ibu Tiri, Masih Terkejut Dengan Pilihan Baru Bapanya
Berikutan itu, Shila membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, polis telah menerima laporan daripada penyanyi lagu Patah Seribu itu.
“Setakat ini pihak polis sudah mengambil dua rakaman percakapan bagi membantu siasatan berhubung kejadian.
“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini, polis juga tidak membuat sebarang tangkapan setakat ini.”
Katanya, polis kini dalam proses untuk mengambil keterangan penyanyi lelaki yang didakwa mengherdik Shila. Pihaknya membuat satu kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Sumber : Harian Metro