syaz ft 2026 01 05T162232.307

Seorang wanita ditahan polis selepas disyaki mendera anak kandungnya yang berusia lima tahun dalam satu kejadian di sebuah kediaman di Sentul, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada jam 10.53 malam, Jumaat lalu sebelum siasatan lanjut dijalankan.

Artikel berkaitan: “Sembunyi bawah kereta dalam ketakutan” –  Amah 2 Tahun Did*ra Majikan, Tak Bagi Pulang & Kerja Tanpa Rehat

Artikel berkaitan: Gara-gara Asyik Minta 90 Sen, Ibu Bapa Tergamak D*ra Anak Sampai Meninggal Dunia

“Kanak-kanak perempuan itu dipercayai didera oleh ibu kandungnya yang berusia 21 tahun.

Mangsa mengalami kesan kecederaan yang teruk dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan perubatan mendapati mangsa mengalami pelbagai kecederaan termasuk lebam di bahagian kepala, telinga, mata, badan, tangan serta kaki, dipercayai akibat perbuatan penderaan berulang.

Dalam pada itu, difahamkan mangsa juga hilang gigi di bahagian depan, luka di bahagian paha kiri dan kanan serta bibir kering dan berdarah.

Susulan itu, suspek direman selama enam hari bermula Sabtu lalu hingga 8 Januari ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.