Selepas Puteri Balqis, bapa tirinya yang dikenali sebagai Farris juga nampaknya menjadi perbualan netizen selepas ada di kalangan netizen menuduh lelaki berkenaan mengambil dadah susulan tular satu foto di laman Threads.
Bengang dengan tuduhan tidak berasas berkenaan, Puteri Balqis telah tampil menjelaskan hal sebenar di IG story dan mengatakan tuduhan itu berpunca daripada hasutan pihak yang berniat jahat.

Puteri Balqis atau lebih mesra dipanggil Aqish, 19, berkata, bapa tirinya seorang yang sangat menjaga batas pergaulan terutamanya di set penggambaran.
Sebelum Farris dijadikan kambing hitam sama seperti yang mak aku tanggung bertahun-tahun. Aku clearkan kat sini.
“Ayah tiri aku, Farris. Dia hari-hari bekerja. Kalau mak aku sakit di rumah atau masuk wad, Farris akan jaga sepenuhnya mak aku. Team aku yang lain akan ambil alih kerja Farris.
“Kat set shooting, kalau artis dan crew ajak dia hisap dadah, dia akan senyum, dia tolak dan terus blah. Sebijik macam apa yang mak aku buat dulu. Tolak, senyum, blah,” katanya.

Artikel berkaitan: “Yang dib*li kekal menderita, si pemb*li riang ketawa” – Puteri Balqis
Artikel berkaitan: “Tidak mahu keruhkan keadaan” – ‘Diserang’ Puteri Balqis, Mia Sara Pilih Untuk Berdiam Diri
Dalam pada itu, Aqish juga memuat naik foto bapa tirinya yang tular, di mana ada netizen mempertikaikan cara Farris memegang pemetik api dan mengaitkan ia dengan dakwaan sebagai penagih.
Aqish juga menjelaskan yang pemetik api itu dibeli beberapa hari sebelum sambutan hari jadi bapa tirinya.
Malah dia juga mencabar mana-mana pihak untuk membuat laporan polis jika benar bapa tirinya itu mengambil bahan terlarang.
Kepada haters, sila sampaikan kepada ketua anda. Soalan paling senang abad ini daripada kami. Bukti.
“Takkan tiba-tiba keluarga kami tak perlu bukti? Benda simple. Pergi cari,” katanya lagi.

2 hours ago
4











![[VIDEO] Kelindan Lori ‘Lepas Rindu’ Jumpa Mak Ayah Di Tepi Jalan Sebelum Sambung Kerja, Buat Ramai Sebak](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/01/ft-pemandu-lori-lepas-rindu.jpg)



















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















