“Ada 24 cucu, ini no 25” – [VIDEO] Ramai Tumpang Terharu Tengok Makcik India Bagi Maruku Untuk 2 Beranak Buka Puasa

6 hours ago 7

Satu video yang tular baru-baru ini, berjaya membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia merasa terharu apabila melihat keakraban jiran tetangga berbilang kaum di negara ini.

Video tersebut memaparkan seorang warga emas berbangsa India sanggup hubungi pemuda yang dikenali sebagai Meor untuk turun ke bawah flat bagi memberikan maruku kepadanya dan anak untuk berbuka puasa.

Artikel berkaitan: “Guna nama wanita islam untuk kelirukan pembeli islam”-Kantoi! Premis Proses Maruku Kotor & Rupanya Tiada Sijil Halal

Artikel berkaitan: Rakyat Malaysia Berbilang Kaum Kurang Senang Bila Restoran ‘Thai Hot Guys’ Dibuka Di KL

Buat maruku untuk ‘cucu’

Dalam video berdurasi 1 minit 8 saat yang dimuat naik oleh Meor dan meraih lebih 300K jumlah tontonan dalam masa sehari itu, Meor dan anaknya Zara begitu gembira melihat warga emas yang dipanggil Patti itu. Malah Zara juga dilihat tidak kaku apabila bersama Patti dan terus menghulurkan salam.

“Ada 24 cucu dan ini (Zara) yang ke 25.”

@mmasendo

Patti call suh datang jugak sebelum berbuka sebab nak bagi barang. Terima kasih patti selalu ingat saya🥰

♬ Zapin Melayu LESTI X Welda Maulani – Ahmad Welda Maulani

Bercerita mengenai detik perkenalannya dengan Patti, Meor memberitahu bahawa ia bermula dari tahun lepas selepas anaknya, Zara duduk di bahagian transit bawah rumah flat mereka. Meor yang suka bersembang dengan orang ramai di kawasan residensi itu akan bertegur sapa dengan sesiapa yang ada di sana.

Antara orang yang kerap dia jumpa adalah Patti atau nama sebenarnya Thanapatium Anamurgaya ini dan menyatakan bahawa Patti ini suka ‘melayan’ Zara.

“Dia suka bagi sesuatu kepada Zara, dia akan tunggu Zara keluar dan bagi.”

Malah, Meor mengatakan bahawa air tangan Patti ini memang sedap kerana Patti ini pernah berniaga maruku dan vadei semasa dia muda dahulu.

“Patti ini dulu masa muda-muda dia jual vadei dan maruku dari rumah ke rumah. Vadei dan maruku air tangan dia semua sedap-sedap. Dia selalu buat dan bila dia buat dia akan call saya untuk datang ambil. Hari itu dia call beritahu ‘Patti ada buat maruku untuk kamu, tolong ambil sebelum buka puasa’, jadi lepas ambil Zara (balik sekolah) saya terus jumpa Patti,” katanya kepada Lobak Merah.

Tambah Meor, Zara memang suka makan maruku daripada Patti, jadi setiap kali dapat maruku daripada wanita itu, anaknya menyukainya dan ia juga jadi penyebab mengapa Patti gemar membuat maruku buat Zara.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang tumpang terharu melihat keakraban mereka kerana masih tersemat keharmonian sesama kaum di sebalik ketegangan yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Patti Patti 2 Patti 3 Patti 4

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |