Diskaun Tol 50

Minggu hadapan merupakan minggu yang paling ditunggu-tunggu buat semua rakyat Malaysia kerana kita bukan hanya akan bercuti selama beberapa hari sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2026, malah umat Islam di Malaysia juga bakal menyambut ketibaan bulan Ramadan.

Jadi, sudah tentu ramai yang mengambil peluang ini untuk bercuti atau pulang ke kampung halaman.

Justeru itu, Kementerian Kerja Raya mengumumkan bahawa kerajaan Madani dalam Mesyuarat Kabinet semalam telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2026 pada minggu hadapan.

Dato Sri Alexander Nanta Linggi iaitu Menteri Kerja Raya menerusi kenyataan berkata pemberian diskaun tol 50% ini diharap dapat meringankan beban kos perjalanan rakyat Malaysia yang merancang perjalanan untuk pulang ke kampung bagi menyambut perayaan ini atau bercuti untuk menyambut Ramadan.

Diskaun Tol

Artikel Berkaitan: Ini Sebab Mengapa 5 Negeri Ini Tidak Bercuti Pada 1 Januari 2025

Artikel berkaitan : Kawasan KLCC Penuh Sampah Semasa Tahun Baru Cina, Netizen Dakwa Ia ‘Kerja’ Warga Asing?

Pelaksanaan diskaun ini akan bermula pada jam 12.01 tengah malam, 14 Februari 2026 (Sabtu) dan berakhir pada jam 11.59 malam, 15 Februari 2026 iaitu pada Ahad. 

Diskaun 50 peratus tol ini adalah untuk kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol serta Kelas 2 bagi Jambatan Pulau Pinang.

Namun, pemberian diskaun tol ini dikecualikan bagi plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

Pengguna jalan raya juga disarankan untuk merancang perjalanan dengan baik agar dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Sumber: Malaysia Gazette

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.