Malaysia kini mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan paling ramai dikunjungi di Asia Tenggara pada tahun 2025 yang sekaligus berjaya mengatasi Thailand untuk tahun kedua berturut-turut.
Sepanjang 11 bulan pertama 2025, Malaysia mencatat jumlah ketibaan pelancong asing yang melebihi keseluruhan angka tahun 2024 iaitu seramai 38.3 juta pelancong. Manakala, Thailand hanya menerima seramai 32.9 juta pelancong asing sepanjang 2025 yang mana ia mencatat penurunan 7% berbanding tahun sebelumnya.
Pencapaian ini secara langsung menjadikan Malaysia terus menjadi destinasi pilihan ramai di Asia Tenggara dan kini dengan persiapan Visit Malaysia 2026, negara kita juga berhasrat untuk menerima lebih 40 juta pelancong asing tahun ini.
Jadi, macam mana sebenarnya Malaysia kini boleh jadi pilihan utama pelancong sehinggakan boleh meninggalkan Thailand di belakang?
Artikel Berkaitan: Dubai: Destinasi Pilihan Utama Pelancong Malaysia Untuk Percutian Keluarga 2026 – Lobak Merah
Artikel Berkaitan: Satu Negara, Satu Matlamat: VM2026 Bermula Serentak Dari Ibu Kota Ke Seluruh Pelosok Negeri – Lobak Merah
1. Visa yang fleksibel

Secara umumnya, pelancong luar lebih cenderung melawat ke negara yang mengutamakan kemudahan masuk ke sesebuah negara.
Dengan sistem visa yang mesra pelancong ini, Malaysia menawarkan pengalaman percutian yang mudah dan selesa bagi pelancong antarabangsa.
Kemudahan ini bukan sahaja memudahkan para pelancong, tapi menjadikan Malaysia sebagai pilihan yang menarik berbanding destinasi lain yang lebih menonjolkan kemewahan tapi kurang praktikal.
Dengan pendekatan ini, pelancong boleh menikmati percutian yang tenang dan teratur tanpa perlu risau tentang proses pelancongan yang merumitkan.
2. Persekitaran yang selamat

Memang tidak dinafikan yang kalau kita sendiri nak melancong pun, kita akan utamakan faktor keselamatan untuk tentukan destinasi pelancongan.
Menurut portal antarabangsa, Malaysia menawarkan persekitaran yang stabil dan selamat berbanding negara jiran, menjadikan pelancong boleh merancang percutian mereka dengan tenang tanpa perlu berasa bimbang.
Hal ini kerana, Thailand menghadapi beberapa cabaran keselamatan sepanjang 2025. Antaranya adalah seperti kes penculikan pelakon China, gempa bumi yang menjejaskan Bangkok dan ketegangan sempadan dengan Kemboja serta banjir yang melanda beberapa kawasan.
Secara tak langsung, kejadian ini menyebabkan ramai pelancong terpaksa membatalkan perancangan mereka ke Thailand bagi mengutamakan keselamatan mereka.
Jadi dengan tahap keselamatan yang lebih baik, Malaysia berjaya menonjol di peta dunia sebagai tempat pelancongan yang lebih selamat dan tenang berbanding destinasi lain.
3. Mudah untuk merancang

Selain persekitaran yang selesa, Malaysia turut menawarkan pengalaman percutian yang boleh diramal di mana pelancong boleh tahu apa yang diharapkan daripada pengangkutan, penginapan dan aktiviti.
Persekitaran Malaysia yang selamat dan terurus ini boleh menjamin mereka untuk berasa yakin bahawa percutian di Malaysia tidak akan terganggu oleh sebarang ketidaktentuan isu sosial, politik atau bencana semula jadi seperti mana negara jiran pernah hadapi.
Keadaan ini juga jarang untuk berlaku di negara Malaysia, menjadikan negara Malaysia antara pilihan destinasi Asia Tenggara yang lebih stabil dan mudah untuk dirancang.
4. Kos pelancongan yang berbaloi

Sepanjang 2025, nilai mata wang Thai baht meningkat dengan ketara, menjadikan kos pelancongan ke Thailand lebih mahal bagi pelancong asing.
Menurut Gabenor Tourism Authority of Thailand (TAT), faktor utama pengukuhan baht ini termasuklah dengan kelemahan dolar Amerika Syarikat, aliran masuk pelaburan dan pergerakan pasaran global yang sekaligus menjejaskan daya tarikan Thailand kepada pelancong, lapor The Star.
Walaupun Thailand sangat terkenal dengan beberapa lokasi popular, namun kos perbelanjaannya yang tinggi terutamanya bagi hiburan dan penginapan, menjadikan ramai pelancong mula membuat perbandingan destinasi yang lebih menjimatkan dan berbaloi.
Faktor kombinasi kos pelancongan yang berbaloi dan kemudahan yang lebih tersusun ini menjadikan sesebuah destinasi itu tidak semestinya bergantung pada kemewahan semata-mata, sebaliknya bagaimana percutian itu boleh dirancang dengan mudah serta menjimatkan.
5. Infrastruktur yang efisien

Malaysia menekankan kemudahan dan kualiti infrastruktur untuk pelancong, daripada jaringan pengangkutan awam hinggalah fasiliti lapangan terbang yang moden.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyatakan bahawa penambahbaikan strategik seperti naik taraf Terminal 1 di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) telah meningkatkan kapasiti negara untuk menerima lebih ramai pengunjung, menjadikan perjalanan di dalam negara lebih lancar dan mudah.
Dengan pengembangan laluan udara antarabangsa, pelancong dari pelbagai negara boleh akses ke destinasi yang diingi dengan lebih mudah.
Secara tak langsung, kualiti infrastruktur ini menjadikan pengalaman percutian pelancong antarabangsa menjadi lebih menyeronokkan dan selesa.
Oleh demikian, dengan prestasi yang memberangsangkan ini, Malaysia bukan sahaja membuktikan kejayaannya sebagai destinasi pelancongan utama, malah turut menunjukkan kesediaannya dalam menerima ramai pelancong sempena Visit Malaysia 2026.

1 week ago
34










![[VIDEO] Kelindan Lori ‘Lepas Rindu’ Jumpa Mak Ayah Di Tepi Jalan Sebelum Sambung Kerja, Buat Ramai Sebak](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/01/ft-pemandu-lori-lepas-rindu.jpg)



















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















