Seorang lelaki mengalami kecederaan melecur manakala puluhan kucing peliharaannya mati dalam satu kebakaran yang memusnahkan sebahagian rumahnya di Kampung Padang Gaong, Langkawi pada pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 8.47 pagi itu, kebakaran melibatkan sebuah rumah setingkat yang menyebabkan kira-kira 55% bahagian ruang tamu musnah dijilat api. Mangsa, lelaki berusia lingkungan 40-an, dilaporkan melecur kira-kira 30% pada bahagian muka dan dada.

Mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha untuk rawatan lanjut. Keadaannya dilaporkan stabil, namun masih di bawah pemantauan perubatan.
Menurut maklumat awal yang diperoleh daripada mangsa, terdapat sekitar 30 ekor kucing dipelihara dan ditempatkan di dalam sangkar di rumah berkenaan ketika kebakaran berlaku. Bagaimanapun, hanya tiga ekor berjaya diselamatkan manakala 27 lagi ditemukan mati dipercayai akibat terperangkap dalam kebakaran tersebut.
Api berjaya dikawal sebelum ditamatkan sepenuhnya sekitar jam 10.52 pagi.

5 hours ago
2









![“Ada 24 cucu, ini no 25” – [VIDEO] Ramai Tumpang Terharu Tengok Makcik India Bagi Maruku Untuk 2 Beranak Buka Puasa](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/03/ft-patti.jpg)





















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















