feature image 4

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) baru-baru ini telah berjaya menumpaskan dua sindiket warga asing yang menawarkan perkhidmatan berkaitan permohonan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) kepada warga asing di sekitar Lembah Klang dalam dua serbuan berasingan, lapor Sinar Harian.

Jabatan Imigresen juga telah menahan tiga orang lelaki warganegara Bangladesh yang dipercayai terbabit dengan sindiket tersebut dalam serbuan pertama.

sindiket warga asing

Dikenali sebagai Zakeer dan Shaheed, kedua-dua sindiket itu telah beroperasi lebih setahun.

Suspek yang terlibat dengan sindiket Zakeer itu memang memiliki PLKS yang sah di bawah sektor pembinaan, namun aktiviti menawarkan perkhidmatan pembaharuan PLKS kepada warga asing lain turut dijalankan oleh mereka.

Artikel Berkaitan: “Bayar hingga RM500” – Sindiket Eksploitasi Warga Emas Nak Kahwin Dengan Warga Asing Tumpas

Artikel berkaitan: “Dipercayai dic*bul” – Budak Hilang Di Pangsapuri Jadi Mangsa Culik, Nyaris Dijual Kepada Sindiket Pelacuran

Difahamkan juga, untuk setiap permohonan, sindiket itu mengenakan kadar bayaran sekitar RM2,500 hingga RM6,000.

Jabatan Imigresen turut menyita tiga pasport Indonesia, tiga unit telefon bimbit dan 130 pasport Bangladesh dalam operasi serbuan berkenaan.

sindiket warga asing 1

Dalam serbuan kedua pula iaitu serbuan sindiket Shaheed pula, dua lelaki warga Pakistan dan seorang lelaki warga Myanmar pula telah ditahan.

Seorang daripada mereka telah tinggal melebihi tempoh di negara ini, suspek Myanmar pula mempunyai kad UNCHR manakala seorang lagi suspek pula mempunyai PLKS di bawah sektor pembersihan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.