Dua lelaki dipercayai menceroboh kawasan Empangan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak, bagi menjalankan kegiatan mencuri kabel sebelum terjatuh ke dalam empangan tersebut dalam kejadian awal pagi Jumaat.
Insiden kira-kira jam 12.40 tengah malam itu melibatkan seorang lelaki berusia 34 tahun yang berjaya diselamatkan oleh anggota bomba, manakala rakannya berusia 32 tahun masih hilang dan dikhuatiri lemas. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya pada awalnya menerima maklumat berkaitan kejadian curi kabel di kawasan pencawang berhampiran sebelum dimaklumkan mengenai insiden jatuh ke dalam empangan.

Menurut beliau, lelaki yang terselamat telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pencerobohan dan kecurian kabel. Kawasan empangan tersebut yang mempunyai ketinggian kira-kira sembilan meter dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi dan tidak dibenarkan kepada orang awam.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang sedang giat dijalankan oleh pihak bomba dengan menggunakan bot untuk membuat pemantauan di permukaan air serta sekitar tebing empangan.
Kejadian itu disedari pihak pengurusan empangan selepas pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup mendapati dua lelaki berada di kawasan larangan berkenaan, dengan seorang dilihat tenggelam manakala seorang lagi berada di permukaan air sebelum bantuan kecemasan dihubungi.
Sumber: Sinar Harian

18 hours ago
9































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















