Dua orang adik-beradik yang masih kecil berdepan detik cemas apabila nereka terperangkap dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di sebuah apartment di Taman Megah Emas, Petaling Jaya sebentar tadi pada hari ini.
Dua beradik itu yang berusia enam dan empat tahun walau bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara yang bergegas ke lokasi insiden setelah menerima panggilan daripada orang awam, lapor Astro AWANI.
Kejadian tersebut berlaku di apartment yang berada di tingkat tiga di sebuah bangunan empat tingkat.

Artikel Berkaitan: “Hanya 3 ekor selamat…” – Tragis! 27 Kucing Peliharaan M*ti Terperangkap Dalam Kebakaran Rumah Di Langkawi
Artikel berkaitan: “Hanya pencinta kucing sahaja yang faham” – Tangisan Peguam ‘Kotak Pensel’ Kehilangan Kucing Tersayang Undang Sebak Ramai
Difahamkan, menurut bomba, apartment tersebut telah terbakar 50 peratus di ruang tamu kediaman itu.
Pihak bomba telah menyelamatkan kedua-dua mangsa yang masih kecil itu yang berada dalam keadaan separa sedar di dalam sebuah bilik di apartment terbabit.
Kedua-dua mereka telah dibawa ke hospital berdekatan untuk dirawat susulan berjaya diselamatkan oleh pihak bomba.
Sumber: Astro AWANI
Sumber: Kosmo

5 hours ago
4












![“Ada 24 cucu, ini no 25” – [VIDEO] Ramai Tumpang Terharu Tengok Makcik India Bagi Maruku Untuk 2 Beranak Buka Puasa](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/03/ft-patti.jpg)

















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















