1,000 Orang Hadir Beri Penghormatan Akhir Buat Syakirah Hanan, Bapa Syukur Pengebumian Anak Lancar

1 day ago 11

Semalam, seorang penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) maut dalam kemalangan ngeri membabitkan dua kenderaan di simpang empat Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu.

Nahas itu berlaku berlaku kira-kira jam 1.38 tengah hari yang menyebabkan mangsa, Syakirah Hanan Mazli, 25, tersepit dalam kereta jenis Perodua Viva dipandunya sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

611310711 25669994609299334 7561075687292481899 n

Kejadian itu dikatakan berlaku apabila Syakirah yang berasal dari Johor dalam perjalanan ke Jalan Bukit Kecil, membelok ke kanan selepas lampu isyarat bertukar hijau di simpang empat tersebut.

Namun pada masa yang sama, sebuah kenderaan Honda Jazz yang dipandu seorang lelaki didakwa memecut ketika menuruni jalan berbukit dari arah bandar raya ini sehingga melanggar lampu isyarat merah lalu merempuh kenderaan mangsa.

611263424 25669994882632640 2220016934406612497 n

fafa

Difahamkan, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu sekitar jam 1.39 tengah hari dan pasukan itu mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam keretanya.

Mangsa yang sudah meninggal dunia, berjaya dikeluarkan dan mayat diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” kata Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Mohd Salleh Abdullah.

Artikel berkaitan: ⁠Lelaki Maut Dalam Kemalangan, Motosikal Hilang Kawalan Ketika Dikejar Anjing

Artikel berkaitan: “Tak sempat arwah merasa barang hantaran” – Baru Sebulan Kahwin, Pengantin Lelaki M*ut Kemalangan

Jenazah mangsa selamat dikebumikan 

Usai proses bedah siasat kira-kira 10.45 malam, jenazah Allahyarham Syakirah Hanan Mazli kemudian tiba di Masjid Ibadurrahman, Kampung Kuala Bekah sekitar jam 11.10 malam untuk disolatkan.

Jenazahnya kemudian dibawa ke tanah perkuburan dan dikebumikan kira-kira jam 12.30 tengah malam dengan kehadiran hampir 1,000 orang ahli keluarga, saudara-mara, rakan serta penduduk setempat.

Bapa Allahyarham, Mazli Yusoh, 51 meluahkan rasa syukur kerana keadaan jenazah anaknya sempurna dan urusan pengebumian berjalan dengan lancar.

Saya bersyukur kerana urusan pengebumian dipermudahkan dan jenazah anak saya selamat dikebumikan.

“Alhamdulillah, jenazah anak sangat comel, hanya lebih kepada kecederaan dalaman dan hanya sedikit cedera pada wajah,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan.

Mazli juga memberitahu, Syakirah telah mengikuti kelas di UniSZA pada hari Jumaat dan Sabtu bagi pengajian Diploma Pascasiswazah Pendidikan di Fakulti Pengajian Islam Kontemporari.

Manakala pada hari Ahad hingga Khamis pula, anaknya bekerja sebagai guru tadika di sebuah tadika swasta di Batu Buruk.

3392859

Dalam seminggu memang tidak ada masa untuk dia berehat. Dia pernah beritahu penat dan kini Allah panggil dia untuk berehat,” kata bapanya lagi.

Sumber: Berita Harian, Sinar Harian

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |