Satu taggungjawab untuk umat Islam menunaikan zakat fitrah di bulan yang mulia ini dan seperti yang kita sedia maklum, banyak kiosk dan kaunter pembayaran zakat di merata tempat termasuklah di masjid.
Namun begitu, ada juga yang menggunakan kaedah mudah iaitu menerusi atas talian. Cuma, cara pembayaran begitu tidak ada salam dan lafaz seperti mana kalau kita bayar di kaunter. Sah ke macam tu? Boleh ke? Ikuti penjelasan darid pada Ustaz Azhar Idrus (UAI) ini.
Artikel berkaitan : “Tak bayar Zakat sebab PKP bukan alasan ye” – Mudah! Ini Cara Pembayaran Zakat Fitrah Sewaktu PKP
Artikel berkaitan : Ramai Yang Tak Tahu Tradisi Unik Hari Raya Dari 9 Negara Ni, Jom Kita Lihat…
“Yang sebetulnya tak wajib lafaz”
https://www.tiktok.com/@imanmutiaraa/video/7351597728574573831?_r=1&_t=ZS-8uXb5igFIYR
Menurut UAI, tanggapan bayaran zakat fitrah jadi sah jika seseorang lafaz itu tidak benar, sebaliknya ianya tidak wajib. Namun, apa yang wajib adalah niat.
“Contoh kita nak bayar seorang RM 10, isteri kita seorang RM 10, anak seorang RM 10, semua RM 30, ulamak kata kita ambil RM 30 bubuh dalam poket, maknanya kita dah pisahkan RM 30 tu untuk bayar zakat, sah dah niat.”
Jelasnya lagi, perkara yang wajib dilafazkan bukanlah fitrah tetapi akad nikah. Bahkan, bersalaman ketika membayar zakat fitrah juga dianggap tidak wajib. Jadi, lepasni jangan was-was kalau kita nak bayar zakat fitrah secara online.
Sumber : TikTok