Nampaknya isu usahawan dan pempengaruh media sosial, Kieda Crepe yang mendedahkan dirinya dijangkiti herpes kini menjadi kian serius apabila empunya diri memaklumkan kedainya dikunjungi oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam.
Dalam hantaran di TikTok, Kieda menunjukkan kedainya didatangi oleh tiga orang pegawai daripada KKM dan memberitahu bahawa dia akan ke pejabat KKM hari ini bagi menjawab isu yang sedang tular ini.
@crepekieda#kiedacrepe #kiedacrepetour🔛 @KiedaCrepeHouse @KIEDACREPETOUR @AMY KIEDA MERCHANDISE
♬ Seni Berdamai Dengan Takdir – Chorus – Naim Daniel & Adnin Roslan
Kieda juga pada masa yang sama berterima kasih kepada mereka yang membuat aduan berkaitan hal tersebut kepada pihak KKM.
Yang membuat aduan, terima kasih,” tulisnya di ruang kapsyen.
Artikel berkaitan: “Jangan sampai menghina…” – Kieda Crepe Jelaskan Sudah Jarang Masuk Kedai
Artikel berkaitan: “Dia tak handle makanan di kedai” – Risau Penyakit Berjangkit, Pekerja Kieda Crepe Beri Penjelasan
Kedai ditutup untuk proses sanitasi
Dalam pada itu, Kieda juga memaklumkan kedainya iaitu Kieda Crepe House bakal ditutup untuk satu hari (26 Jun 2025) bagi proses sanitasi.
Dia juga memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan dan akan cuba mengasingkan kehidupan peribadi dengan perniagaan selepas ini.
Sekali lagi Kieda minta maaf apa yang terjadi. Kieda berjanji takkan ulangi kesilapan ini dan Kieda akan asingkan privacy kehidupan Kieda dan bisnes Kieda.
Boleh bagi Kieda peluang ya semua. Kieda banyak tanggungjawab, vendor, team. Semua bawah Kieda. I’m so sorry aboout my mistake,” tulis Kieda.
Terdahulu, ramai di kalangan netizen meluahkan rasa bimbang akan kebersihan makanan di kedai dessert milik Kieda selepas pempengaruh itu mendedahkan yang dia menghidapi virus herpes.
Suami Kieda walau bagaimanapun mengatakan bahawa hantaran berkenaan sekadar ‘content’ semata-mata dan netizen tidak perlulah gelabah dengan isu tersebut.
Apa-apapun baguslah Kieda mengambil langkah-langkah kebersihan. Harap perkara seperti ini tidak lagi berulang.