7beruang

Seekor beruang coklat dari Turkiye mencuri perhatian dunia selepas mengalami sakit perut akibat makan terlalu banyak buah.

Screenshot 2025 09 07 at 1.05.37 PM

Beruang jantan seberat 300 kilogram itu, dikenali sebagai Okan, dibawa ke Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Istanbul Cerrahpaşa selepas menunjukkan tanda ketidakselesaan abdomen. Hasil imbasan CT dan ujian darah bagaimanapun mengesahkan tiada masalah serius, dan Okan kini kembali sihat serta aktif.

Memetik laporan Astro Awani, ini bukan kali pertama Okan berdepan masalah sama. Tiga tahun lalu Okan turut menerima rawatan akibat tabiat makan buah berlebihan. Sejak itu, pusat pemulihan lebih berhati-hati memantau dietnya yang kini merangkumi buah bermusim, sayuran, ikan bonito serta madu pada musim sejuk.

Screenshot 2025 09 07 at 1.05.59 PM

Nama Okan sendiri diberikan secara tidak sengaja oleh seorang kakitangan baharu ketika rawatan terdahulu, dan kini terus kekal digunakan. Keletahnya yang jinak dan ceria menjadikannya tarikan utama kepada pelawat taman hidupan liar.

Insiden terbaru itu bukan sahaja menghiburkan netizen dengan pelbagai komen lucu, tetapi turut mengingatkan tentang kepentingan pemantauan kesihatan haiwan liar di pusat perlindungan dan pemulihan.

Baca: Beruang Berguling Kesakitan, Dipercayai Kena Langgar Di LPT2

Screenshot 2025 09 07 at 1.07.22 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.