wanita dicabul ketika joging sendirian di melaka

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila hampir jadi mangsa cabul oleh seorang individu yang tidak dikenali ketika berjoging di Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11 malam tadi, yang mana mangsa juga cuba ditarik masuk ke dalam semak oleh suspek, namun diselamatkan oleh orang awam yang menyedari kejadian tersebut.

Perkara itu dikongsikan oleh Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Sembilan, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem yang menerima maklumat mengenai kejadian itu.

“Saya ada dimaklumkan ada berlaku kes cabul ketika mangsa tengah joging. Dia dipeluk dari belakang, ditekup mulut dan cuba ditarik ke dalam semak.

“Nasib ada orang lalu tolong,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

120425 MLK rogol bukitserindit polis

Suspek sudah ditahan

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar yang mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit berkata, suspek berusia 27 tahun itu telah pun ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian jam 12.05 tengah malam pada hari sama.

Katanya, siasatan awal mendapati kes berlaku pada jam 10 malam ketika mangsa berusia 20 tahun sedang bersenam seorang diri di taman rekreasi berkenaan.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek bagaimanapun mendapati dia bebas dari sebarang penyalahgunaan dadah,” katanya.

Suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 14 April dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencabul kehormatan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.