Railway Assets Corporation (RAC) berdepan kritikan hebat di media sosial selepas satu hantaran Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) mengenai keutamaan kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) di stesen kereta api didakwa menggunakan visual berasaskan kecerdasan buatan (AI).
Hantaran tersebut yang menyeru pengguna menghormati ruang akses OKU serta mempromosikan saluran rasmi RAC, mendapat perhatian bukan kerana mesejnya, sebaliknya kerana ramai netizen mendakwa RAC memilih menggunakan imej atau elemen AI berbanding tenaga kerja sebenar.
Artikel berkaitan: Pemandu Van Rapid KL On-Demand Digantung Tugas Serta Merta Sementara Siasatan Dijalankan – Rapid KL
Artikel berkaitan: Sofyank Muat Naik Video Promosi Singapura, Netizen Persoal “Tak Promote Malaysia Ke?”

Dalam ruangan replies, pengguna meluahkan rasa tidak puas hati kerana beranggapan RAC meminggirkan bakat tempatan.

Walaupun tujuan asal RAC adalah untuk menyampaikan mesej mengenai hak dan keperluan OKU di fasiliti pengangkutan awam, perbincangan di media sosial kini lebih tertumpu kepada isu etika dan keaslian kandungan yang menggunakan AI.
Setakat ini, RAC belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai dakwaan penggunaan AI tersebut.
Sumber: X

10 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















