Polis telah mengambil keterangan daripada empat individu bagi membantu siasatan penemuan janin bayi dalam sebuah lori sampah di Bukit Jalil, semalam.
Janin berusia kira-kira 25 minggu itu ditemukan dengan beberapa kesan kecederaan, selain tengkoraknya pecah dan tali pusat yang terputus.
Artikel berkaitan: Janin Bayi Dalam Keadaan Cukup Sifat Ditemui Dalam Tandas Sebuah Stesen Minyak Di Pontian
Artikel berkaitan: Pemandu Lori Sampah Ditemui Cedera Parah Dalam Longkang Besar, Tak Ingat Apa Yang Berlaku

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, janin berukuran 35 sentimeter (cm) itu ditemui susulan laporan yang diterima, dan empat individu telah dirakam percakapan untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian bayi baru lahir atau anak hidup,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, dua klip video berdurasi lapan dan 14 saat tular di media sosial memaparkan objek dipercayai janin bayi dalam timbunan sampah sebuah lori.
Aidil turut memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan mengenai kejadian itu pada jam 12.51 tengah hari.
Sebelum ini, dua video, masing-masing berdurasi lapan dan 14 saat tular di media sosial memaparkan objek dipercayai mayat bayi ditemui dalam timbunan sisa dalam lori sampah berkenaan.
Lebih menyayat hati, bayi yang dipenuhi air sampah itu dilihat seakan-akan berada dalam kedudukan seperti janin dalam kandungan.
Sumber: Berita Harian

17 hours ago
7

![[VIDEO] Dr Akmal Saleh Padam Impian Tunai Haji, Salur Simpanan Untuk Rawatan Pembedahan Hati Adik Medina](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/12/dr-akmal-saleh-salur-simpanan-haji-pembedahan-hati-medina.jpg)





























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















